Ahad, 30 Mei 2010

P.Pinang dan Selangor dah haramkan judi bola, Kedah dok tunggu apa lagi?

MB :Selangor tidak akan luluskan premis judi sukan

Kerajaan Selangor mengumumkan ia tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri itu untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.

Selangor menjadi kerajaan negeri kedua Pakatan Rakyat mengambil langkah tegas sedemikian selepas Pulau Pinang.

Minggu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sports Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.

“Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh kerajaan pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid berkata, langkah itu diambil kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak.

Menteri Besar berkata, semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.

“Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram,” kata Khalid ketika parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengambil langkah membantah tindakan kerajaan pusat memberi lesen kepada judi sukan.

Sambil membantah keputusan kerajaan pusat mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula bulan depan, Khalid berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Beliau menambah, tiada jaminan bahawa pemberian lesen perjudian itu akan menghapuskan perjudian haram.

Sebaliknya, tindakan kerajaan pusat itu akan memburukkan lagi penyakit sosial apabila semakin ramai orang yang mahu cepat kaya terutama golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.

Khalid berkata, keputusan kerajaan diharap dapat mengelak orang ramai sama ada Islam atau bukan Islam daripada terjerumus dengan perbuatan merugikan dan melalaikan itu.

Katanya, kerajaan Selangor yang Pakatan Rakyat sepakat bahawa aktiviti perjudian adalah haram dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.-Malaysian Insider.

Sepatutnya sebagai sebuah parti Islam , MB Kedah mendahului Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid istihar tolak judi dan haramkan judi bola berkenaan. La nie di Kedah musim buah derian , takkan buah derian jatuh atas kepala baru sedaq kata judi bola tu dah diharamkan di Pulau Pinang dan Selangor!


2 ulasan:

  1. Nak kena tanya abang umno dulu haram ke halal baru adik pas boleh buat keputusan...

    BalasPadam
  2. dia tak buat lagi la tuu..dia tak buat tak pa..chnglun

    BalasPadam