Rabu, 12 Mei 2010

Kerajaan Umno-Bn akhirnya luluskan judi bolasepak

Berita Malaysiakini -'Berjaya perolehi lesen judi bolasepak' melaporkan;

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.-Malaysiakini

Makin didesak dan dikecam makin menjadi perangai pemimpin Umno untuk buat kerja haram yang dikutuk Allah. Redha dengan maksiat, maksiat yang kita dapat. Tok mufti pulak berdiam diri langsung tak berani tegur takut hilang jawatan dalam isu judi ini. Mereka hanya berani dalam isu kalimah Allah hanya untuk orang Islam. Judi dan hiburan hingga 12 jam tanpa henti yang diluluskan kerajaan Umno-Bn mereka tak berani nak bersuara.

Seronok Tok Mufti sapu gaji dan elaun tiap-tiap bulan tak payah kata apa hanya cerita bab nak pi haji ,puasa, zakat, bab bersuci hadas kecil dan besar. Mungkin sebab para ulama yang makan gaji pikir bab judi yang diluluskan Umno-Bn ini termasuk dalam bab politik jadi tak boleh campur dengan agama ! Kat Malaysia ni fahaman politik suku agama suku masih dibincangkan dan didebatkan tapi bab judi yang terang-terang haram tak berani kata apa. Politik tak boleh bawa masuk dalam masjid itu boleh bincang bab judi tak boleh bincang itu urusan lain!

1 ulasan:

  1. salam...
    akhirnya kebaitilan menjuarai...sbb pe???mereka yg faham agama xmenegur mereka yg xfaham agama atau bt2 xfhm agama...xtakut azab Allah sungguh..org ISLAM yg lahir ISLAM xmempertahankan ISLAM..tpi org bukan ISLAM sanggup mati mempertahankan ISLAM..pe dah jadi ni???mga Allah tetapkan iman kita dlm membuat amal ma'ruf dan mecegah kemungkaran dan mga Allah memberi mereka taufiq hidayah...amin ya Rabb

    BalasPadam