Jumaat, 14 Mei 2010

Isu nak lompat di Kedah:"Biar mati di hujung pedang"- Su Pas Kedah

Apakah betoi Pakatan Rakyat di Kedah akan tumbang? Parti Umno -Bn sedang bekerja keras untuk jatuhkan kerajaan negeri yang dipilih rakyat dengan memujuk wakil rakyat Pakatan untuk bersama Bn, supaya senasib negeri Perak yang pernah diperintah Pakatan.

Kata Yusuf Hussin Setiausaha Pas Kedah dalam berita Malaysiakini Lompat:Pas panggil adun PKR, Dap beri penjelasan ;

"Cerita lompat-melompat ini kita dengar sejak tahun 2008 sampai sekarang... PAS bukan nak berlagak, kita rasa (exco PKR) yang ada sekarang ini, kita percaya. Sebab mereka semua exco negeri," katanya.

Menurutnya, PAS negeri juga tidak mahu kerajaan Pakatan di Kedah mengalami nasib berulang seperti di Perak.

"Biar kalah dalam pilihan raya (baru), dan kita terima keputusan. Biar mati dihujung pedang, mati kerana bertanding, berlawan (dalam pilihan raya) daripada kalah kerana (ADUN) lompat kerana diberi umpan," katanya.

Susulan itu, PAS Kedah telah mempunyai dengan alternatif dan strategi untuk mengelak peristiwa itu berlaku, tambahnya-Malaysiakini

3 ulasan:

  1. ya Allah, kau tetapkanlah hati pimpinan kami dlm prjuangan menegakkan syiar ISLAM...amin ya Rabb

    BalasPadam
  2. Gelabah bewak juga no...
    Kalau dah percaya, tak payah le panggil untuk penjelasan....
    Yusuf Husin, hero lama kg memali yg tak mati dihujung pedang..piirraahhh!!

    BalasPadam
  3. angan jadik katak....

    BalasPadam