Isnin, 3 Mei 2010

Isu Scorpene: "Saya bukan perterjemah Mongolia..."


Pemimpin Umno-Bn nampaknya berada dalam kegusaran dan kebimbangan kerana isu kapal selam Scorpene yang menimbulkan kontroversi disiasat peguam antarabangsa daripada Perancis. Pembelian kapal selam scorpene itu juga telah menghasilkan komisyen yang tinggi hasil penjualannya yang turut melibatkan Razak Baginda dan PM Najib yang pada masa itu adalah menteri pertahanan.Media pro Umno hanya mainkan isu dalaman negara untuk cuba sembunyikan isu Scorpene ini yang sudah tentu melibatkan banyak pihak termasuk pemimpin tertinggi negara.

Malaysiakini dalam beritanya Kes kapal selam:Peguam Perancis tak takut ugutan melaporkan;

Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.

"Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti 'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.-Malaysiakini.Baca lanjut klik di atas.

Ayat popular 'Kita boleh tipu orang dalam satu masa, tapi kita tak boleh tipu orang dalam semua masa' seakan-akan jadi kenyataan dalam pembunuhan Altantuya yang ada kaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene. Pelanduk boleh lupa jerat tapi jerat tak pernah lupa pelanduk , satu masa nanti pelanduk yang sangka dirinya cerdik itu akan terjerat jua akhirnya!

Adakah orang yang kerjanya bunuh orang, ugut bunuh orang boleh tidur lena sepanjang malam?

2 ulasan:

  1. semoga Allah tunjukan kebenaran kepada rakyat malaysia khasnya dan dunia umumnya, insyaallah

    BalasPadam
  2. Salam...
    umpama anjing dan bayang2...ingin mencari sesuatu yg lebih mewah akhirnya rugi...sesal sendiri..wawahua'lam

    BalasPadam