Rabu, 12 Mei 2010

RM10 juta woi iklan ja..mana dapat duit ?


Hanya dengan dua mukasurat iklan dalam suratkabar New York Times berjumlah RM1.5 juta Rosmah Mansor dapat paparkan wajahnya dan dakwa pulak dirinya wanita pertama negara.Malaysiakini dalam beritanya SPRM digesa siasat 'iklan Rosmah' melaporkan antara lain:

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk "Malaysia berbangga dengan anda".

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh "keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia".-Malaysiakini.

SPRM boleh siasat mana Pas Kelantan dapat duit RM4 juta nak lawan Umno tapi hanya sehari saja Rosmah Mansor habiskan duit untuk iklan RM1.5 juta sapa bagi?Mesti siasat jangan libatkan Umno semua kes masuk dalam gulung kain!

Ngo-Ngo Melayu macam Perkasa hanya sibuk buat report polis ke atas Tok guru Nik Aziz sebab kata boleh politik dalam Masjid, tuuu 'wanita Melayu Pertama' hangpa ,idola hang pa perabih duit berjuta nak iklan ja awat dok senyap?

1 ulasan:

  1. Salam...
    dasyatnya...10 juta hanya utk iklan jek...kan bagus kalo 10 juta tu dberi kpd rakyat miskin yg lebih memerlukan...xde pembaziran dan dpt tambah saham akhirat.."pemimpin yg baik adlh pemimpin yg melebihkan org lain dr dirinya"...renung2kan dan fikir2kanlah...pemimpin yg ada ni di tahap mana pengorbanan mereka thdp rakyat..wawahua'lam

    BalasPadam