Satu pertubuhan yang namanya Gertak(Gerakan Kebangkitan Rakyat) yang turut dapat sokongan agensi kerajaan negeri Terengganu iaitu Institusi Intergriti Terengganu nak buat program 'Melayu Bangkit'. Maknanya turut dapat sokongan kerajaan negeri Terengganu yang diperintah Umno. Program itu akan dibuat pada tarikh berdarah 13 Mei.
Apa dia isi kandungan program 'Melayu Bangkit' ?Hanya Umno dan NGO yang pro Umno saja yang tahu nak bangkit apa dalam program itu. Kalau bangkitkan semangat perkauman tidak cukupkah dengan agensi kerajaan pusat yang buat Biro Tatanegara?BTN bukan setakat tiupkan semangat perkauman malah kakitangan kerajaan diajar supaya membenci parti-parti yang bukan menyokong Umno-Bn termasuk Pas.
Orang Melayu memang kena bangkit .Dah lama orang Melayu diajar supaya mendewa-dewakan Umno sebagai parti keramat orang Melayu.Akhirnya orang Melayu terus ketinggalan kerana terlalu percayakan Umno sebagai nyawa mereka.Yang kaya pemimpin-pemimpin Melayu Umno tapi orang Melayu terus ketinggalan. Terengganu yang kaya hasil minyak tapi bagaimana nasib orang Melayu di Terengganu yang terus ketinggalan dan masih berada antara negeri -negeri paling miskin di Malaysia. Adakah orang Cina yang perintah Terengganu yang menjadikan Melayu Terengganu terus hidup di bawah paras kemiskinan?
Kalau setakat buat program nak ungkit-ungkit hak-hak Melayu dah banyak yang hilang, yang menghilangkan hak Melayu tu adakah bukan Melayu?Kenapa Dasar Ekonomi Baru yang dah habis tempoh itu gagal senangkan orang Melayu? Yang menggagalkan hak Melayu tu sapa? Selama 52 tahun kita diperintah Melayu Umno-Bn kita nak salahkan orang lain kenapa?
Umno buat dasar nak tolong Melayu miskin tapi dalam masa yang sama jadi along dan lintah darat siksa anak-anak Melayu yang belajar di IPTS dan IPTA. Pinjamkan duit untuk anak-anak Melayu belajar tapi kena bayar bunga. Biasiswa yang dulunya jadi keutamaan dah ditukar dalam bentuk pinjaman. Kerja sampai tua baru habis bayaq.
Umno jadikan anak-anak muda Melayu lalai dengan hiburan, leka dengan keseronokkan sampai boleh panggil artis luar negara Pitbull untuk lalaikan rakyat dengan hiburan sampai 12 jam tanpa henti! Rakyat yang dilalikan dan dilekakan dengan hiburan ini senang untuk Umno cucuk hidung mereka supaya iakan saja apa Umno kata.
Orang Melayu kena bangkit untuk ajar Umno yang jadikan syarikat Apco Worlwide yang pro Zionis Israel sebagai konsultan untuk terus berkuasa dikalahkan dalam pru akan datang. Orang Melayu kena bangkit daripada tidur lena yang panjang bahawa tanpa Umno orang Melayu boleh terus dapat bersaing dengan kaum-kaum lain untuk maju dalam semua aspek kehidupan.
Orang Melayu tak perlu nak ungkit benda yang dah terlepas. Terlepas pergi ke mana kalau tidak kepada pemimpin Umno! Percayalah tak ada pemimpin Umno di Selangor yang hidup melarat walaupun tak dapat jadi pemerintah. Selama 52 tahun Umno berkuasa di Selangor mereka dah dapat hidup kaya raya , mewah dengan segala harta yang mereka miliki selama mereka berkuasa. Anak cucu mereka pun tumpang jadi kaya dan mewah.
Orang Melayu kena bangkit lawan fikiran yang dewakan Umno bukan ungkit. Pemimpin Umno makan daging kita makan tulang! Tu pun masih ramai orang Melayu kena tipu dengan Umno. Umno mahu gambarkan bahawa merekalah jaguh pertahan hak Melayu tapi dalam masa yang sama mereka juga adalah juara pelingkup hak bangsa sendiri.
Berkaitan;
Pas bantah program 'Melayu bangkit'-Malaysiakini
Program 'Melayu bangkit ' bersifat perkauman-Harakahdaily
MCA wants BN leaders to skip May 13 rally-Malaysian Insider
Pas bidas konsert 12 jam tanpa henti-Malaysiakini
salam..
BalasPadamsetuju sgt dgn En MisaiMerah...apa lg yg nak dipertahankan...depa dah xde modal lah tu nak pancing kepercayaan rakyat...udah2 le tu...Allah maha mengetahui setiap yg tersirat di hati Hambanya...wawahua'lam