Selasa, 4 Mei 2010

Melayu Umno keriau sebab RM 4 juta tapi tak keriau jual telaga minyak berbilion ringgit!

Lapor Suara-Keadilan :Perdana Menteri Umno-Bn Khianat Kepada Malaysia?

Presiden Parti Progresif Sabah, Datuk Yong Teck Lee berkata penyerahan kawasan seluas 3 juta ekar yang mengandungi Blok L dan M oleh Kerajaan Pusat kepada Brunei pada Mac 2009 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana menurut beliau tindakan menyerahkan sebahagian daripada wilayah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri dan Majlis Raja-Raja.

"Ini terkandung dalam Artikel 2 Perlembagaan Malaysia.

"Satu-satunya ketika kelulusan diperolehi di bawah Artikel 2 adalah pada 8 Mac 1984 apabila Enakmen Wilayah Persekutuan Labuan 1984 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

"Itu merupakan satu langkah besar yang diambil oleh kerajaan negeri ketika itu yang menyebabkan kejatuhannya tahun berikutnya.

"Wilayah Malaysia merangkumi semua wilayah negeri di dalam Malaysia. Hanya apabila Sabah (ketika itu Borneo Utara) bersama Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia pada 1963, barulah peta wilayah Malaysia diperbesarkan untuk memasukkan negeri-negeri Borneo dan wilayah yang diwarisinya," jelas Yong dalam kenyataan beliau semalam.

Beliau berkata ini termasuk wilayah Kepulauan Sipadan dan Ligitan dan lautan yang kini dikenali sebagai Blok L dan M di dalam pelan luar pesisir pantai Petronas.

Di dalam kes yang melibatkan pertikaian wilayah dengan Indonesia berkaitan hak milik Kepulauan Sipadan dan Ligitan pada tahun 1990-an, kes tersebut telah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang keputusannya memihak kepada Malaysia.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan hak Malaysia ke atas Blok L dan M adalah berdasarkan kepada warisan sejarah dan penyerahan kedua blok tersebut menyebabkan Malaysia kerugian RM320 bilion dalam hasil minyak di dalam kawasan tersebut yang sebesar negeri Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Selangor yang digabungkan. -Suara-Keadilan. Baca lanjut klik di sini.

Kerajaan umno-Bn buat apa pun tak mengapa , bagi kontrak kepada syarikat Apco -Worlwide yang pro Yahudi RM 77 juta untuk kekang kemaraan Pakatan Rakyat tak salah! Bagi telaga minyak bernilai bilion ringgit kepada negara jiran tak salah! Rakyat tetap undi Umno-BN apa nak kisah walaupun gadai harta negara pun tak salah! Tapi yang dikisah hanya RM 4juta. Melayu Umno melalak macam kena sawan sebab RM 4juta nak lawan Umno di Kelantan.

Melayu Umno tak keriau pemimpin Umno jual telaga minyak kepada negara lain. Melayu Umno keriau sebab nak lawan Umno hanya RM4 juta. Melayu Umno tak keriau bagi duit berjuta pada agen Yahudi Apco Worwide.

Berkaitan;

Pemimpin Umno-bn cuai kedaulatan negara-Harakahdaily

Pas nafi bayar Kicdefella RM4juta-Harakahdaily

2 ulasan:

  1. Saya heran knp la nak bising sgt pasal Blok L & M ne..bukan isu panas pun..Saya sbg org swk merasakan semenjak masuk Malaysia, kemajuan yg dicapai oleh Negeri Swrk langsung tiada..Org swk seperti dtindas dan kemiskinan tegar masih belum dpt dihapuskan. Semua hasil negeri Srwk diambil oleh Persekutuan untuk memajukan Semenanjung sahaja... Patutnya Org Semenanjung merasa malu dgn keadaan ini...

    BalasPadam
  2. klu dah mcm tu kenape msih megundi BE END/UMNGOK lg...say NO to them for next PRU,then u wil see the change...

    BalasPadam