Selasa, 18 Mei 2010

Yahudi pun suka, judi pun suka yang tak suka kalah undi!

Pertama-tama aku nak ucap terimakasih kepada bekas wakil rakyat Umno yang tentang judi bolasepak yang diluluskan oleh PM Najib. Walaupun mereka daripada parti dan bendera yang sama tapi masih ada rasa nak bantah dan tentang dalam isu judi bolasepak, baguihla lagu tu.

Lapor Bernama;
Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di sini pada Selasa.-Bernama.

PM Najib masih berdiam diri dalam isu judi walaupun pemimpin bukan Islam turut bantah judi bolasepak yang diluluskannya.Kebanyakkan pemimpin Umno tak rasa apa pun isu judi bola yang heboh ini tapi mereka rasa sedih dan pilu kerana kalah dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu.Mereka rasa tergamam macam nak hantuk-hantuk kepala di dinding dok pikir macam mana boleh kalah sedangkan peruntukkan dah berjuta dijanjikan untuk rakyat Sibu tapi kalah jugak.

Pemimpin Umno termasuk Najib dan Muhyiddin mana ada ulas isu judi bolasepak yang heboh ni , kalau tanya depa buat-buat macam tak dengar , macam tak dak langsung rakyat yang bantah judi yang Umno luluskan. Depa ingat semua rakyat setujuuuu! Rakyat nak bantah, nak tunjuk perasaan, nak maki hamun mampoih pi la depa .Lama-lama rakyat jadi lupa, itu yang Najib dan Muhyidin ingat.

Yang ada dalam kepala otak pemimpin Umno ialah tak dapat terima kekalahan di Sibu. Isu judi , isu Apco lantak la hang pa nak kata apa pun. Hang pa tak mau main judi jangan beli! Banyak lagi orang lain nak berjudi. Itu saja yang Umno pikirkan isu judi. Umno hanya dok pikir sekarang ni kenapa modal berjuta di Sibu tapi kalah undi . Yahudi dan judi Umno tak pikir .

Kata Dr Haron Din Timbalan Murshidul mAm Pas dan Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam isu judi bola sepak yang diluluskan Najib;

"Judi adalah satu amalan yang ditolak oleh semua agama malah oleh seluruh masyarakat manusia yang menghormati nilai keharmonian hidup berumahtangga.

"Walau apa pun alasan, kita tetap tidak boleh lari daripada hukum Allah. Kita perlu memahami membiarkan perkara yang haram tinggal haram dengan memejamkan mata itu berbeza dengan menghalalkan yang haram".

"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah," jelas Dr Haron Din.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya ketika dihubungi menyifatkan tindakan kelulusan lesen judi tersebut tidak menggambarkan pentadbiran sebuah negara Islam.

"Tindakan tersebut bercanggah dengan hukum syarak. Dalam Al-Quran dan hadis jelas mencatitkan perkara yang jelas haram antara lain adalah judi, arak dan zina," katanya.

Hashim menyeru kepada NGO Islam dan pertubuhan tanpa mengira latar belakang politik dan pendirian untuk bangkit dan membantah kelulusan lesen judi tersebut.

Kata beliau ini jelas mencemarkan nama Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam contoh.

"Jika kita tidak membantah, seolah-olah kita bersetuju dan bersekongkol dengan tindakan tersebut. Kalau unsur judi yang tersembunyi pun kita bantah, apatah lagi yang diadakan secara terang-terangan dan lesen diberikan secara rasmi" katanya lagi.

Beliau mencadangkan kepada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan kenyataan dan pendirian mereka dalam isu ini.

Beliau turut memohon kepada Majlis Raja-Raja untuk bersidang dan membincangkan perkara ini kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan umat Islam.

"Sebagai penaung kepada orang Melayu dan ketua Islam, Majlis Raja-Raja diharap dapat memberikan pembelaan kepada orang Islam," kata Hashim.

Beliau optimims bahawa pembatalan lesen judi tersebut akan dipersetujui oleh ramai pihak.

"Bahkan ramai orang bukan Islam yang turut menentang cadangan usaha tersebut", katanya lagi.Baca lagi di sini.


1 ulasan:

  1. Salam...
    malunya kt sbgai umat Islam...org bukan Islam sendiri membantah judi yg dah terang2 dlm Al-Quran Allah haramkan...mereka faham hukum tpi umat Islam ni faham ke buat2 xfaham???tepuk dada tanyalah iman..wawahua'lam

    BalasPadam