Isnin, 24 Mei 2010

Lepas Permit Judi, Permit 'Gerudi' Pula

PAS kawasan Tawau mendesak kerajaan menarik balik kelulusan permit Konsert 1 Inul yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau, Sabah dan mengharamkannya terus dari datang ke Malaysia.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Nazrey Mokhtar, rakyat seluruh negeri Sabah mahu mendengar pendirian Umno negeri atau sekurang-kurangnya Pemuda Umno Kalabakan berhubung isu sama yang sehingga kini masih membisu.

“Adalah menjadi tanggungjawab Umno Sabah khususnya Pengerusi Badan Perhubungan, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah untuk menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu.

“Kerajaan juga digesa melihat kembali kesan yang akan berlaku akibat konsert itu terhadap permasalahan sosial rakyat dan bukan hanya melihat keuntungan semata-mata,” katanya lagi seperti dipetik media.-erapakatan.com

1 ulasan:

  1. Salam...
    maksiat makin berleluasa...ni ke yg rakyat dpt dgn memilih UMNO???..remaja merupakan modal insan di negara ini semakin berkurangan dr segi kebertanggungjawaban dlm menjalankan tanggungjawab mereka thdp diri, keluarga, negara dan agama...tambah lg pelbagai gejala sosial yg tidak sihat wujud di negara ini...mana perginya slogan pemuda harapan negara???jika maksiat dr akar umbinya tidak dikawal selia sebaiknya...maka pemuda hanya akan memeberi liabiliti dan bukan keuntungan kpd negara malah diri sendiri...wawahua'lam

    BalasPadam