Bila baca berita KDN rampas 3,000 tabloid Kabar eraPakatan di Malaysiakini aku dah tulis pada Sabtu 22-05-10 mengenai pihak penguatkuasa KDN yang datang ke kilang yang cetak akhbar tabloid tersebut dalam posting Kilang cetak 'Kabar eraPakatan' didatangi pegawai KDN.
Pihak Umno-Bn lebih takut berita dalam akhbar tabloid tersebut yang menyentuh PM Najib sedangkan media baru seperti blog dan berita terkini yang disiarkan secara online menyentuh isu yang sama tidak diambil tindakan.Berita akhbar seperti Kabar eraPakatan tu kira dah basi berbanding berita dalam media baru. Awat yang Umno -bn takut sangat? Kalau sentuh PM Najib, Altantuya, isu jual beli kapal selam scorpene dalam akhbar tabloid macam tu jadi panas punggung sampai nak rampas-rampas.
Akhbar tabloid 'Selangor Kita' yang tah ada permit penerbitan atau tidak memfitnah pemimpin pakatan rakyat di Selangor tak pula dirampas oleh pihak KDN.
Syabas KDN kerana tindakan.. kamu... jelaslah KDN penyekat kebenaran... lebih rela melihat akhbar tabloid berbaur sex bermaharajalela
BalasPadamSalam...
BalasPadambiasalah tu...negara ni depa yg punya..pa depa bt sume betul..pa kt bt sume slh...wawahua'lam