Adakah Melayu Umno, ulama Umno dan ustaz-ustaz Umno termasuk mufti yang menyokong Umno tak rasa apa-apa apabila Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek yang lahir di negeri yang bergelar Serambi Mekah cadangkan adakan 'judi halal' untuk Piala Dunia yang akan berlangsung tak lama lagi? Dalam Islam semua bentuk perjudian adalah terang dan jelas hukumnya haram. Tidak ada istilah judi haram dan judi halal hanya Umno yang amalkan politik suku agama suku saja yang kata macam tu.
Aku dah kata rugi dok saja dalam Malaysia ni kalu tak lawan Umno yang asingkan agama dan politik walaupun sehari! Kata Awang adek dalam laporan Malaysiakini Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia;
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.-Malaysiakini
Aku berharap sangat-sangat supaya semua mufti yang makan gaji dan elaun bantah sekeras-kerasnya cadangan seorang pemimpin Melayu -Umno yang beragama Islam untuk halalkan pertaruhan judi 'world cup' akan datang.
Adakah orang Melayu yang sokong Umno tak rasa bedosa sokong parti yang halalkan judi!
Menarik;
Guan Eng: I only wanted to learn value practise d by Caliph Umar- Malaysia Today
Salam...
BalasPadamdepa ni tau halal haram...tpi kelabu mata ngan nikmat dunia...nikmat dunia ni pinjaman jek...kadang2 Allah bg harta lebih kuasa lebih sbb nak uji tahap keimanan...wawahua'lam