Dalam harakah bil terbaru 1543 (edisi Jumaat) dalam ruangan 'koridor Pakatan Rakyat' m/s 13 memuatkan petikan ucapan MB Kedah Ust Azizan dalam ceramah perdana "Bubar Dun Kedah?" pada 22 mei lalu , antara lain Ust Azizan memulangkan paku buah keras kepada parti lawan Umno -bn yang yakin Dun Kedah akan bubar walaupun tak bubar-bubar hingga sekarang. Kata Ustaz Azizan;
"Khabar angin dan kekecohan ini berlaku sebab Umno tidak boleh terima hakikat bahawa parti itu sudah jadi pembangkang."
"Belajarlah jadi pembangkang dan berlawan secara anak jantan sewaktu pilihanraya akan datang!"
"Jangan bagi Ustaz Azizan kembali ke perangai lama(dengan membuat pendedahan tindak tanduk pemimpin Bn). Apa yang Umno buat sebelum ini segala kepincangan saya tahu dan saya diamkan. Tetapi jika Umno melampaui batas, saya akan dedahkan semuanya!"
Kata Ust Azizan lagi ," Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah.Sejak merdeka , sudah 50 tahun kita kalah tetapi kita bersabar. Dan bila kita menang , Umno menggunakan pelbagai cara yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita."
Aku ingat bila Ust Azizan kata nak bubar Dun mungkin hanya sekadar 'gempaq keling' saja tapi bila sorang demi sorang adun pkr meloroih tentu kita rasa tak sedap hati termasuklah Ust Azizan sendiri...
Kata Ust Azizan lagi ,"Saya tidak akan bubarkan dun hinggga ke peringkat tidak mampu lagi bertahan .Hanya orang gila saja yang hendak bubar.Saya belum gila lagi. Depa ingat nak ambik balik ( kuasa ) macam pinjam kawah kenduri kah...?"
Aku harap sangat-sangat moga Kedah teruih sampai pru akan datang Pakatan Rakyat perintah. Ya la daripada Umno-Bn yang mentekedarah harta rakyat perintah lebih baik Pas dan Pakatan Rakyat perintah. Tapi kalu dok cari pasai nak bubar jugak silap haribulan yang besa jadi Exco dan MB pakat gulung kain hisap rokok daun tepi bendang! Ust Azizan kena ceramah selalu baru rakyat Kedah rasa seronok ngan Ustaz!
Baca juga ;
Platform baru bantah judi di Kedah-Malaysiakini
Nak buat macam mana? Pas-umno bukan ke parti abang adik kat kedah? Pandai-pandai kamu semualah nak handle macam mana? Masih nak mengaku abang adik pada pengkhianat?
BalasPadamSalam..mga pemerintahan pakatan rakyat terus mendapat sokongan padu dr rakyat dan dikukuhkan hati pimpinan pakatan rakyat..amin ya Rabb...
BalasPadamRakyat dah jenuh berdoa. Rakyat juga yang dibelasah, dilokap oleh anjing-anjing umno. Tiba giliran pemimpin nak mengaku abang adik dengan umno haram jadah. Apa semua ni? Nak main-main ke apa?
BalasPadamIngat ada beza umno-pas. Rupanya sama saja...
Beruk honggaq ranting, hangpa melatah sakan.
BalasPadamKena gempaq keling, melompat habih Bulan...
Cit!!! Kata tak heran, ulaq kapak la... peerraaah... kelentong serupa tu jugak..
Duk lantik beruk jugak dalam pentadbiran hang...Adik-abang konon... Orang Bulan pi jumpak hang kat wisma, hang perlece... Dasar ulaq kapak dalam seluaq...