Isnin, 24 Mei 2010
Bila sebut Altantuya Umno-BN rasa macam berjalan atas bara api!
Aku nak ulang sekali lagi punca utama akhbar tabloid Kabar eraPakatan jadi kambing hitam dirampas , disita, permit penerbitan dihalang adalah kerana menyiarkan berita mengenai Altantuya yang dikatakan ada kaitan dengan PM Najib dan pendedahan komisen berjuta ringgit pembelian kapal selam scorpene yang juga libatkan Razak Baginda dan juga PM Najib sendiri. Gambar di atas adalah daripada Malaysiakini.
Cerita KDN 'wang-wing- wang-wing'kata pasai salah guna permit dan mock-up yang dihantar kepada KDN tak sama dengan yang dicetak itu hanya sekadar wayang saja. Umno-Bn tahu akhbar tabloid berkenaan sampai ke ceruk kampung dan dibaca oleh golongan yang tak ada kesempatan nak guna media baru jadi itu punca utama tabloid Kabar eraPakatan dirampas dan disita .
Umno -bn mahu rakyat dikampung-kampung tak celik akan siapa sebenarnya terlibat dengan kes Altantuya maknanya 'master mindnya' masih bebas ke sana kemari. Umno-Bn tak mahu rakyat bawahan tahu siapa yang mentekedarah komisen berjuta ringgit bila kapal selam Scorpene dibeli. Nak bagi tau kat Ngo pro Umno, Umno-Bn dan puak-puak talibarut BN 'bangkai gajah tak boleh tutup dengan tudung saji', bangkai tikus tutup rapat pun bau busuk!
Umno-Bn tak boleh tahan ,panas telinga, kalau cucuh rokok pun boleh menyala bila akhbar berkenaan tulis tajuk 'Najib-Razak Baginda Tersenarai' . Umno -Bn tak boleh tahan rasa macam berjalan atas bara api bila tajuk muka depan Kabar eraPakatan tulis tajuk 'Siasat Hubungan Najib-Apco: Anwar'. Bila sebut komisen kapal selam scorpene akan timbul nama Altantuya tu yang Umno tak boleh tahan sangat-sangat!
Berkaitan;
KDN rampas tabloid Kabar eraPakatan-Malaysiakini
KDN:Kabar eraPakatan tiada permit penerbitan-Bernama/malaysiakini
KDN sita dan tahan penerbitan akhbar tabloid Kabar eraPakatan-Bernama/Malaysian Insider
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam..
BalasPadamdepa dok bt lagu tu...lg lah akan menyebabkan rakyat berfikir apa yg ditulis dlm eraPakatan adalah benar dan sahih...apa pun yg depa cuba bt..bnyak lagi saluran lain yg rakyat dpt tahu tentang keburukan APCO-UMNO...sesungguhnya Allah bersama2 org yg berjuang menegakkan ISLAM dan kebenaran..wawahua'lam