Ahad, 9 Mei 2010

Kata polis barua Umno kena lokap , yang jadi barua Zionis Israel macam mana?

Dalam berita Malaysian Insider, Label polis barua Umno ,pemimpin pemuda Pas bermalam di lokap melaporkan;

Gara-gara menggunakan perkataan “polis barua Umno”, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kayat ditahan dalam lokap sepanjang malam tadi.

Beliau dilepaskan tengah hari ini selepas ditahan lebih sembilan jam di Balai Polis Johor Baru Utara.

Segala-galanya tercetus selepas beliau mempertikaikan tindakan polis membuat sekatan jalan di Taman Dahlia, Kempas Johor Baru malam tadi ketika ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mengapa perlu begitu ramai anggota polis membuat sekatan jalan raya di sini?

“Adakah kerana yang memberi ceramah itu pembangkang maka mereka (polis) membuat sekatan jalan raya?” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimana pulak dengan UMNO-Bn yang bagi 'sumbangan' yang cukup besar kepada APCO Worlwide berjumlah RM77 juta talibarut Zionis Israel , adakah mereka bukan barua Zionis Yahudi?

Baca juga;

Sebut Altantuya, AMK Pahang ditahan polis-TVSlangor.com

1 ulasan:

  1. Salam...
    xhabis2 sikap busuk hati mereka ni...mga Allah memberi mereka taufiq dan hidayahNYA...amin Ya Rabb

    BalasPadam