"Pada Jun 2008, ambo (saya) diberi satu surat dari Vincent Tan. Surat itu dialamat pada Menteri Besar Kelantan dan untuk ambo. Nak suruh lulus semula lesen judi 4 nombor ekor di Kelantan.
"Surat itu masih simpan, tak tunjuk pada Tok Guru kerana ambo jawab balik kepada wakil Vincent Tan - tak payah sampai Tok Guru. Aku bagitau, permohonanmu tidak layak sama sekali," kata Husam ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Isu Judi di sini, malam tadi.
Husam menegaskan tidak ada lesen judi diluluskan kerajaan Kelantan sejak Pas memegang tampuk kuasa negeri pada 1990 dan kesal kerana Datuk Dr Awang Adek Hussin bersetuju dengan pelaksanaan judi bola.
Kata Husam, pengumuman yang dibuat Dr Awang Adek mengecewakan penduduk Bachok yang mengundi Timbalan Menteri Kewangan ini, sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum lalu.
"Munasabahlah Islam larang perjudian dan munasabahlah bagi seorang yang waras pemikiran mementingkan akhlak dan nasib rakyat untuk berfikir bagaimana untuk kurangkan tabiat ini.
"Di Barat, mereka tubuhkan NGO untuk mendidik rakyat hentikan ketagihan judi. Tetapi malangya, ada orang Kelantan, orang Melayu, orang Islam sokong judi," katanya lagi.TV Selangor.
Negeri-negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat juga wajib contohi Kelantan. Kalau boleh mereka bersatu hapuskan terus judi dan segala maknikam yang ada kaitan dengan judi. Tanpa judi rakyat lebih selesa , lebih gembira demi masa depan anak cucu kita.
Salam..
BalasPadamada sbb knp Allah larang judi dan sgala jeni smaksiat lain yg Allah haramkan..krn bnyak kburukan kpd diri dan org sekeliling..misalnya judi...duit berhabis utk berjudi..akhirnya anak isteri terkontang kanting hidup melarat tanpa nafkah...kalo menang judi plak..anak isteri makan duit haram..impaknya, akhlak anak2 akan rosak dan menyumbang kpd modal insan liabiliti bkn shj kpd keluarga malah pada negara dan agama...wawahua'lam