Isnin, 3 Mei 2010
Tahniah saksi arwah Aminulrashid pertahan kebenaran!
Aku nak ucapkan tahniah kepada saksi utama muda remaja adik Azamuddin Omar 15 tahun yang buat sidang media hari ini pertahankan apa yang ada dalam report polisnya sama macam dalam sidang medianya di rumah arwah Aminulrashid hari ini.Map di sebelap adalah daripada Malaysian Insider.Klik untuk besarkan gambar.
Bukan apa takut jadi macam penyiasat persendirian P.Balasubramaniam dalam kes Altantuya yang mati kena bom c4 tu sampai berkecai .Dalam akuan bersumpahnya yang pertama kaitkan PM Najib dalam isu Altantuya tapi keesokkannya buat akuan bersumpah yang kedua nafi pembabitan Najib dalam kes tersebut. Bila lari ke luar negeri mula babitkan semula PM Najib dalam kes tersebut.Kena gempaq ka pasai apa aku tak tau la.
Lapor malaysiakini;
Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.
"Apabila ditembak badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.
Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.
Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.
Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.
Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.-Malaysiakini
Berkaitan;
Keluarga Aminulrashid mahukan suruhanjaya di raja-Malaysian Insider
Rakan Aminulrashid pertikai versi polis -Malaysian Insider
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Polis sekarang(sebilangan dari mereka)bertindak lebih ganas dari haiwan buas........apa makanan yang mereka telan sehingga ganas begitu rupa....inilah yang dipertahankan oleh ketua dan ketua kepada ketua mereka.......ptuiiiiih
BalasPadamtak salah wat pe lari
BalasPadam