Umno juara rakyat dah bertukar jadi juara perabih harta merdak negara dengan sewenang-wenangnya. Harta negara bukan hak Umno, hak Pas , hak PKR, hak Dap dan lain-lain parti tapi hak negara dan hak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira apa fahaman agama dan politik sekalipun. Ini yang kita semua rakyat Malaysia kena ingat .
Kita negara berdaulat dan merdeka tapi PM Najib dan konco-konconya begitu mudah pertaruhkan maruah negara ke darjat yang paling rendah. Kalau kira kasta sampai dah tak dak kasta lagi dah maruah negara diperkotak-katikkan Umno-Bn.
Tak guna Umno dabik dada, depang dada luas-luas tunjuk hebat di kampung-kampung kata Umno lah juara rakyat tapi bila libatkan isu antarabangsa jadi lembik dan melutut pada negara lain dengan begitu mudah.Nak ambik Pulau ambik lah, nak ambik tanah KTMB di Tanjung Pagar Singapura ambiklah, nak ambik telaga minyak yang bernilai berbilion ringgit ambiklah janji 'menang-menang'! Semua Umno kira 'menang-menang' tak dak sapa yang rugi. Lama-lama tinggal gusi dengan lidah saja untuk anak bangsa generasi akan datang! Selagi boleh bagi kat Singapura dan Brunei bagi jangan tak bagi. Satu Malaysia lagi haru biru daripada Islam Hadhari dan Mahathirisme.
Berkaitan;
Perjelas isu KTMB Tanjong Pagar di Parlimen-Harakahdaily
Anwar mahu PM dedah perjanjian pindah stesen KTM Tanjong Pagar-Malaysian Insider
Apabila kejantannya dipesembahkan kepada Singapura-Penarik Beca
Tanah KTMB-Siapa yang untung???-Pinkturtle
Salam...
BalasPadamskalian alam ini milik Allah...kt sbg hamba dberi pinjam utk mentadbirnya...jika slh mentadbirnya dan xikut piawaian yg Allah dah tetapkan...maka Allah akan tarik balik...tinggi mana pun kuasa seseorang..kuasa Allah lebih berkuasa..dialah membolak balik hati seseorg itu...berfikirlah sbelum sesuatu tindakan itu diambil..fikir baik buruk bkn shj utk diri tpi utk rakyat, negara dan agama..wawahua'lam