Khamis, 27 Mei 2010

Judi Bolasepak , tanah KTMB dan telaga minyak tergadai bahana APCO?

YB Khalid Samad menegaskan ditubuh suruhanjaya siasat 'pengkhianatan' pemimpin Umno-Bn yang melakukan pengkhianatan terhadap negara yang kita cintai ini. Dalam laporan Malaysiakini Tubuh suruhanjaya siasat 'pengkhianatan' melaporkan;


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi bola sepak dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.

Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.

"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.

"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam ketiga-tiga kes tersebut.

"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.

"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.

"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.

"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?" soalnya-Malaysiakini.

1 ulasan:

  1. Salam..
    stuju dgn saranan YB Khalid Samad...mga penipuan dan penghhianatan UMNO-APCO trus dktahui oleh rakyat yg leka dgn penipuan mereka ni...dah tiba masa rakyat tau kebenaran dan xduduk bawh tempurung..wawahua'lam

    BalasPadam