Isnin, 3 Mei 2010

Pisahkan agama dan politik 'bodoh yang sukar diajar' -TGNA

Ajaran nasionalisme Melayu Umno yang mengasingkan agama dan politik. Politik suku agama suku. Ajaran nasionalisme yang pisahkan agama daripada politik itulah yang telah menghalalkan untuk ancam bunuh tokoh agama sebab mereka bertindak tanpa menjadikan agama sebagai panduan.Matlamat halalkan cara!

Umno masih berdiam diri terhadap seorang penyokong parti itu yang cuba mahu menikam dan bunuh Tok Guru Nik Aziz dan sanggup ke tali gantung. Wow ! hebat ajaran nasionalisme Melayu Umno ancam nak bunuh orang tak jadi satu kesalahan .

MB Kelantan TGNA pula tak ambik pot terhadap ancaman nak bunuh beliau .Kata Tok Guru Nik Aziz bagi orang yang pisahkan agama dan politik sebagai bodoh yang sukar diajar.Dalam laporan Malaysian Insider Nik Aziz pertahankan masjid boleh diguna untuk tujuan politik melaporkan;

Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membidas sesetengah individu yang tidak mahu menerima realiti itu dengan menyifatkannya sebagai “bodoh”.

“Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), ini lah sikap orang yang amal politik suku agama suku,” katanya ketika menyampaikan ceramah di kampung Kubang Batang, Wakaf Baru dekat sini.

Katanya, penyampaian khutbah dalam sembahyang Jumaat adalah sebahagian daripada politik Islam yang juga membawa maksud ceramah.

“Politik lah tu, politik-politik maknanya mengajak orang ramai, memahami tentang kebaikan, termasuklah ekonomi, sosial, sahsiah dan sebagainya.

“Kalau tukar khutbah Jumaat panggil ceramah, dan ceramah pula kita panggil khutbah, tak tahu lah... payah otak manusia ni,” katanya.-Malaysian Insider.

Berkaitan;
Nik Aziz tidak layan ancaman bunuh di Fecebook-Sinar harian online

1 ulasan:

  1. Salam...
    nampaknya UMNO-BN+APCO ni berjaya betul merencana strategik..sampaikan islam dan politik yg begitu sinonim umpama kuku dan ruas cuba dipisahkan..inilah fikiran yg masih dijajah..dan trus dijajah jika mereka tidak melihat apa yg telah berlaku disekeliling..dan tidak berfikir akan kepentingan islam bergerak seiring dan sejalan dengan ISLAM...fikir2kan dan renung2kanlah...wawahua'lam

    BalasPadam