Khamis, 6 Mei 2010

Buat apa hidup kalau tak lawan Umno-Bn?

Apakah melawan segala kerja buat Umno-Bn yang menjahanamkan negara dianggap sebagai kerja haram dan jijik? Apakah kita sebagai rakyat hendak dibutakan penglihatan dan dipekakkan telinga daripada mengetahui salahlaku pemimpin Umno Bn dalam memerintah negara?

Mantan PM Tun Abdullah yang dikatakan 'lembik' dan suka tidur didakwa serahkan dua telaga minyak yang bernilai RM320 bilion kepada Brunei oleh Tun Mahahir . Umno-Bn tak dapat nak nafikan perkara ini ,hanya sekadar kata 'win-win' saja . Dalam keadaan separuh sedar atau memang dah sedar Pak Lah bagi telaga minyak tanpa ada rasa bersalah.Bagilah, terserahlah, buatlah,ambiklah ,hemtam sajalah ..

Pemimpin Umno-Bn juga mengalah dalam isu penyerahan Pulau Batu putih kepada Singapura.Melopong kita jadi rakyat lihat pemimpin Umno-Bn gadai harta negara kepada negara jiran tanpa ada sikit pun rasa bersalah. Rais Yatim yang pada masa tu Menteri Luar kata keputusan ICJ itu sebagai juga 'win-win'. Semua 'win-win' lama -lama terguling!

Penglibatan syarikat pro Zionis Israel Apco-Worldwide dalam kerajaan Umno-Bn untuk kekang Pakatan Rakyat daripada terus mara ke Putrajaya juga dihalalkan oleh pemimpin Umno-Bn.Rakyat diajar benci kezaliman Zionis Israel tapi pemimpin Umno-bn bersekongkol dengan agen Zionis untuk terus berkuasa!

Syarikat kerajaan Pos Malaysia meniaga pos surat pun boleh rugi ratusan juta ringgit.Mungkin sebab ramai orang dah guna email tak guna lagi sistem konvesyenal tu yang boleh rugi RM227 juta! Mula kata rugi RM546 juta lepas tu bila pakat riuh perkurang jumlah rugi tapi kira ratus juta jugak! Selalunya yang jumlah mula-mula tu yang betoi yang kedua tu ..biasala..

Terus terang cakap duduk atas muka bumi Malaysia ni kalau tak lawan Umno-bn buat apa kita hidup? Sia-sia saja peluang Allah bagi dan kurnia akal dan fikiran kalau tak berani lawan kebatilan dan kezaliman yang Umno-Bn lakukan. Kalau setakat hidup bangun pagi pi kerja, balik kerja main dengan anak-bini mudah sungguh hidup kita!

Baca juga;
Umno-Bn tutup skandal padang minyak takut kalah prk Sibu-Suara-Keadilan
Penyerahan sempadan:Cadangan saman awam rakyat Malaysia-Harakahdaily
Menjatuhkan Najib adalah hak rakyat-Penarik beca
Memali: Menteri nafi Musa Hitam arah tembak-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Salam..
    betullah apa yg dikata...menegakkan kebatilan itu satu perkara yg dituntut..manusia ni mudah lupa...perlu stiasa diingatkan...siapa yg nak mengingatkan???org2 yg cintakan Allah dan Rasulnya..yg memegang prinsip amal ma'ruf nahi mungkar...hebat mana pun pemimpin...jika slh, perlu ditegur...dan pemimpin yg baik akan menerima teguran dgn lapang dada dan hati yg terbuka...wawahua'lam

    BalasPadam