Ahad, 9 Mei 2010

Dok kira Melayu sampai tua Islam tak mau jaga

Tadi ketika aku tengok berita tv ,Tok Guru Nik Aziz komen isu cadangan judi Piala Dunia yang dicadangkan pemimpin Umno Kelantan dan juga Timbalan Menteri Kewangan ,Awang Adek, kata Tok guru lebih kurang begini;

"Dalam Islam semua bentuk perjudian haram hukumnya. Tapi kalau Melayu semua boleh ,minum arak boleh berjudi boleh sedangkan dalam quran jelas kata arak dan judi tu najis."

Seorang pemimpin Gerakan pulak rakan Umno dalam BN yang aku tak ingat nama kata, "memang tak patut judi Piala Dunia tu diadakan kerana boleh bawa masalah sosial dan jadi isu politik parti Pakatan Rakyat." Tak pa la dia bukan Islam kata lagu tu, kurang -kurang pemimpin parti Gerakan tu tentang juga cadangan pemimpin Umno nak buat judi Piala Dunia.

Tapi lain -lain pemimpin Umno , ulama Umno senyap tak kata apa. Pengarah Jais pun yang jadi juara kata masjid tak boleh guna untuk politik pun tak ulas isu judi Piala dunia cadangan pemimpin Umno. Berpolitik yang tak haram dipertikai tapi judi yang terang haram tak berani kata apa.

Begitu juga dengan Perkasa, Magaran yang kononnya berjuang nak pertahan hak Melayu jadi bacul dan pengecut dalam isu judi yang ditimbulkan Awang Adek. Nak pertahan Melayu tapi kesucian Islam , benda yang haram dalam Islam dihalalkan Umno tapi tak berani tegur. Berjuang apa lagu tu?Dok kira politik dalam masjid tak boleh saja yang Umno pakat nak buat Judi Piala Dunia tak kata apa! Umno -Bn bagi kontrak kat syrikat Apco Zionis pun tak pa. Semua tak pa. Laju dan deras tak kena tempat. Dok kira Melayu sampai tua Islam tak mau jaga.

Baca juga;
Pemuda Pas gesa Perkeso batal pelaburan Carlsberg-Malaysian Insider
Sudah-sudahla menyambar tangan babi-Penarik beca

2 ulasan:

  1. salam...
    dlm hal ini sume kna ambil tindakan...tugas khalifah adlh membuat ma'ruf dan mencegah kemungkaran..kan Allah dah berfirman dlm Al-Quran yg judi tu haram...npe masih nak menghalalkan hukum yg Allah dah haramkan..sesungguhnya azab seksa Allah itu amatlah berat jika kita menyekutui Allah...fikir2kanlah...wawahua'lam

    BalasPadam
  2. Bukti Nik Aziz gagal mentarbiah orang Kelantan sendiri.

    BalasPadam