Sabtu, 15 Mei 2010
Inilah Wajah Lutfi Ketua Pengarang Harakah
Tadi aku berkesempatan melawat saudara Lutfi Ketua Pengarang akhbar Harakah lidah rasmi Pas di rumahnya di Ampang.
Keadaannya agak stabil walaupun nada percakapannya agak lemah. Beliau berkata tidak lalu makan walaupun makanan jenis lembut seperti moi dan bubur.
Beliau sempat menceritakan bahawa setiap malam bermimpi hampir perkara yang sama berkaitan dengan pembedahan yang dilakukan.
Teringat aku akan saudara Lutfi yang pernah mengeluarkan akhbar Cabaran, Detik dan 'Memo" yang pernah dirampas oleh pihak polis di kilang cetak semasa proses percetakan dilakukan.
Beliau banyak berjasa kepada Pas dalam bidang akhbar dan majalah dan pernah jadi mangsa tahanan akta zalim ISA yang dilawannya hingga sekarang.Banyak membantu mangsa ISA melalui Tabung ISA yang diwujudkan atas inisiatif beliau.
Gambar bawah adalah salah seorang Pengarah kilang yang mencetak akhbar Harakah yang melawat beliau. Moga saudara Lutfi cepat sembuh.
Tambah sikit lagi saudara lutfi juga tidak pernah sekelumit pun keluar daripada mulut beliau untuk mengungki-ungkit apa yang beliau korbankan tenaga dan fikiran untuk bantu Pas terus kukuh dalam persada poltik tanahair. Pengorbanan Lutfi bukannya bernilai RM4 juta dan tak mampu dibayar oleh Pas! Hanya Allah SWT saja yang mampu membalasnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semoga saudara Lutfi, Ketua Pengarang Harakah diberikan kesihatan dan kekuatan oleh Yang Maha Esa
BalasPadamsemoga sepat sembuh hendaknya..
BalasPadamSalam..
BalasPadamhebatnya perjuangan saudara lutfi..mga dia tabah hadapi ujian Allah...mga akan lahir lg pejuang2 yg hebat spti saudara Lutfi dlm memperjuangkan ISLAM..amin ya Rabb
Jauh bumi ngan langit nak banding ngan perjuangan blogger RM4 juta yang dok ungkit2 kononnya dia buat jasa pada PAS..
BalasPadamsyabas lutfi.. ambo kagum ngan anda, kepada Allah kita doakan balasan atas segala jasa yang dicurahkan..
Jazakallah Buat Saudara Lutfi. Mewaqafkan dirinya untuk islam.
BalasPadam