Sabtu, 30 Jun 2012

Kartunis Zunar tak boleh dibeli dengan duit

Zunar tolak anugerah dari Najib-Malaysiakini
Kartunis politik Zunar berkata beliau menolak anugerah yang dijadual disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pameran kartun dan animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Ahad lepas.


"Saya tidak mahu anugerah atau wang. Apa yang saya mahu adalah
hak saya. Kembalikan hak saya," kata kartunis yang nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, kepadaMalaysiakini."Di bawah pentadbiran Najib saya ditangkap, buku saya telah diharamkan dan dirampas, polis menyerbu pejabat saya dan sekatan dikenakan di atas penerbit, pengedar dan pencetak daripada mencetak dan menerbitkan buku saya.

"Kembalikan hak saya, benarkan saya untuk menerbitkan buku-buku saya dan hapuskan sekatan ke atas saya, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk hadir," tambahnya.

Zunar (atas) turut mengulas tentang apa yang dilihatnya sebagai usaha Najib untuk membuat para kartunis akur kepada kehendak kerajaan.

Zunar menceritakan bagaimana beliau telah didatangi penganjur bersama acara itu  Cartoonist At Work (CAW) dan Putera Umno yang mahu beliau menjadi salah seorang penerima anugerah pencapaian kartunis.

"Saya menolaknya saya rasa ia merupakan satu cubaan untuk membeli dan menutup mulut saya," kata Zunar sambil menegaskan bahawa penaung CAW sebenarnya Sohaimi Shahadan, seorang anggota exco Putera Umno.

CAW baru-baru ini menerima geran RM5 juta daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menghasilkan kartun tempatan dan produk animasi.-M'kini


Haa Zunar bukan Hasan Ali, bukan Zul Kulim,bukan Zahrain,bukan Mohsin dan juga Gobala.Mereka-mereka ni bergelar yb tapi hari-hari kena sumpah dengan rakyat sebab jadi pengkhianat kepada parti mereka.Zunar bukan YB tapi masih ada prinsip bukan lapaq duit macam puak tu.Makan elaun hasil rakyat yang benci Umno-BN.

4 ulasan:

  1. Allahuakbar..YaAllah berikanlah kekuatan kpd saudara ini dlm meneruskan perjuangan menentang kezaliman dunia hari ini,YaAllah peliharalah kami dr terjerumus kepada anasir2 yg ingin menjahanamkan kami·musnahkanlah mereka

    BalasPadam
  2. Ya Allah, hancurkanlah mereka yg ingin mengkucarkacirkan malaysia dan berikanlah mereka hidayah agar tidak menjadi semakin sesat dan bertuankan babi dan anjing. Amin.

    BalasPadam
  3. makhluk perosak dari BN akan muncul dgn berbagai nama & rupa utk menawan setiap orang & bidang supaya tunduk & terus menjadi pecacai mereka. hanya mereka yg sentiasa siap siaga sedar dpt terus bertahan demi prinsip & kebenaran. Allah hu Akbar! Amin, Amin Ya rabbul 'Alamin!

    BalasPadam
  4. memang betul muka2 MP katak yg menang atas tiket PR x harus di panggil YB...tapi layak dipanggil SP...SI PENGKHIAYAT
    AKU PALING MENYAMPAH, BENCI DAN MELUAT IALAH ZUL KU;LIM SIAL, HASSAN SIAL ALI, GOBALA BIAWAK..PI MAMPUS HANG CEPAT..

    BalasPadam