Khamis, 21 Jun 2012

PRU semasa musim haji seakan "sengaja solat di tempat orang lalu lintas."-Dr Asri

Asri:PRU tidak mungkin semasa musim haji-sinar harian online
 Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan ketika musim haji bagi mengelakkan implikasi dan kesan politik ke atas parti yang memerintah.

Malah kata Asri, beliau juga yakin bahawa parti yang memerintah tahu akan kesan buruk atau sengaja mencari isu jika memanggil PRU13 ketika musim haji.

PRU13 peringkat Parlimen akan diadakan apabila Perdana Menteri memutuskan untuk membubarkan Parlimen. PRU13 dijangka diadakan selepas sambutan Aidilfitri.

Musim haji tahun ini akan bermula pertengahan September.

Malaysia pernah mengadakan PRU pada musim haji.

"Saya tidak fikir kerajaan akan mengadakan pilihan raya," kata Asri kepada Sinar Harian Online ketika ditanya sama ada beliau yakin PRU13 akan diadakan ketika musim haji sebagaimana dikhuatiri oleh parti pembangkang khususnya Pas baru-baru ini.

"(Disebabkan) mereka bimbang, mereka melontarkan isu berkenaan, tetapi saya rasa tidak begitu (tidak akan diadakan PRU13)," kata beliau yang sentiasa mengikuti dengan dekat, menganalisis dan mengulas isu-isu semasa berkaitan dengan politik.

Ahli akademik Universiti Sains Malaysia ini juga berkata, tindakan mengadakan PRU semasa musim haji seakan "sengaja solat di tempat orang lalu lintas."

"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Hal ini disebut oleh pelbagai ulama seperti al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Bari," katanya.

Asri juga berkata, orang yang sengaja memilih tempat lalu lintas itu yang berdosa.

"Ulama hendak memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan