Sabtu, 2 Jun 2012

Kita tengok nanti kalau Umno hilang Putrajaya adakah juga salah Pak Lah

Tun Madey mantan PM tak habis-habis lagi serang Pak Lah yang juga mantan PM macam Tun Madey.The Malaysianinsider kini yang nampak begitu cenderung buat laporan yang begitu positif kepada Najib melaporkan  BN masih lemah kerana Pak Lah, kata Dr M kepada Umno Johor.

Umno-Bn hilang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu semasa Pak Lah jadi PM.Kini masa dah berlalu dan Najib pulak jadi PM.Saya berdoa selepas pru 13 akan datang Najib pulak jadi Ketua Pembangkang dalam parlimen.Masa tu jika Allah SWT kabulkan doa dan jadi kenyataan Umno-BN hilang kuasa di Putrajaya agak-agak jika Tun Madey masih panjang umur adakah beliau akan kata"Ni semua salah Pak Lah juga."

Tun Madey banyak serang Pak Lah sementara Pak Lah pulak ambil sikap diam diri apabila Tun Madey serang beliau.Tun Madey berada dalam kebimbangan yang amat jika Umno hilang kuasa di Putrajaya.Tun juga akan hilang jawatan sebagai Penasihat Petronas dan Penasihat Proton.Tun juga tak lagi akan ada jawatan khas beliau di Putrajaya.Lebih teruk lagi jika Tun senasib dengan bekas Diktator Mesir Hosni Mubarak yang kini berada dalam tirai besi menanti hukuman yang bicarakan beliau semasa jadi Presiden Mesir dulu.

Adakah Najib lemah kerana Pak lah?Semua rakyat Malaysia kini sedang menanti keputusan mahkamah Perancis yang sedang bicarakan kes jual beli kapal selam Scorpene yang turut panggil Najib dan Zahid Hamidi ke mahkamah Perancis.Adakah Najib lemah kerana bininya Rosmah Mansor?

11 ulasan:

  1. lu sembang mcm gud2 je

    BalasPadam
  2. lu sembang mcm bagus2 je

    BalasPadam
  3. Mahkamah Perancis tidak sekali-kali dapat membawa Najib ke Perancis. Langkah mayat ATM dan PDRM dulu. Beranikah mereka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu nk libatkan atm dan pdrm.lawak sgt.bkn nk perang la.cuma bicara.atm tumpahkan taat setia kpd YDPA dan kedaulatan negara.bkn utk yg lain.ckp guna otak.

      Padam
  4. Kalau ATM dan PDRM nak bela Najib 'si biawak hidup' dari ke mahkamah...kami rakyat 1 Malaysia akan mendahulukan Najib ke sana!Ingat Najib didahulukan dibicarakan....nama baik Malaysia diselamatkan.

    BalasPadam
  5. 22 tahun memerintah Madey gagal menyediakan penganti yg berwibawa kerana mereka2 yg berwibawa akan di cantas kerana Madey khuatir mereka mereka ini akan mencabarnya kerana dia tidak ada perancangan untuk berundur dari kerusi PM kerana Madey kalau boleh mau mati diatas kerusi PM..apabila berlaku demontrasi rakyat kerana menuntut reformasi dim kes fitnah DSAI thn 1998 Madey terpaksa turun tahta PM...so itu la nasib org melayu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.punca lahirnya pakatan rakyat krn perjuangan reformasi dsai.kalo tidak melayu tak jd seperti skrg.siapa perosak bangsa?fikir2kanlah.

      Padam
  6. Apa2pun TPM sdgn perhatikan peluang menaiki takhta PM.

    BalasPadam
  7. apa yang penting, klu najib sememangnya tak bersalah elok dia pergi ke mahkamah perancis tu. ini sekali gus akan dapat membersihkan namanya di peringkat antarabangsa. klu dia sememangnya didapati tak bersalah, so pakatan pembangkang terutamanya PAS akan sokong dia habis2an selepas ini. ADA BERANI.....
    - Cucu UMNO

    BalasPadam
  8. janji Allah itu benar... setiap yang bathil akan lenyap jua akhirnya... sepandai2 mereka menyembunyikan penyelewengan & rasuah,akhirnya dapat juga dihidu oleh rakyat yang cerdik...

    BalasPadam
  9. HANYA MANUSIA YANG BENAR BENAR WARAS DAPAT MENILAI ANTARA BERSIH DENGAN KOTOR DAN ANTARA BUTA PERUT DENGAN BENAK HATI.ORANG YANG BERANI BERKATA BENAR ADALAH SEPERTI SEBUTIR INTAN DIDALAM LUMPUR YANG MANA BILA INTAN ITU TERSERLAH CAHAYANYA MAKA TERSILAULAH KOTORAN DISEKELILINGNYA.

    BalasPadam