Isnin, 4 Jun 2012

Cuba kira daripada tarikh himpunan jutaan belia di Putrajaya berapa ramai bakal lahir anak luar nikah?

Ramai masih memperkatakan tentang sambutan himpunan jutaan belia Putrajaya Mei 2012 bulan lepas.Gerombolan rasa bangga dengan sambutan yang diberikan golongan belia yang katanya cecah 2 juta orang hadir himpunan tersebut.Depa syok dengan jumlah angka yang hadir, golongan belia terutamanya anak muda Melayu nak lingkup dan rosak itu bukan ada dalam kepala pemimpin Umno.Yang penting ramai anak muda Melayu seronok dan syok dengan apa yang disajikan BN.

Melayu Jati Hasan Ali dan Braheng Ali Perkasa tak berani tegur program mungkar yang dianjurkan BN di Putrajaya.Bagi mereka anak muda Melayu hanyut dengan BN tak mengapa tapi kalau anak muda Melayu hanyut bersama Pas dan PKR itu dikira rosak akidah!Sibuk dengan kata orang Kristian sedang berdakwah kepada orang Melayu Islam masuk Kristian tapi adakah himpunan di Putrajata tu tidak bawa ke arah anak muda Melayu jauh daripada agama Islam?Jawabla kalau berani! Program agama dibatalkan hiburan K-POP diteruskan demi untuk ramaikan himpunan.

Ada orang kata kat saya "Cuba kira daripada tarikh himpunan tu dan beberapa bulan akan datang berapa banyak akan lahir anak luar nikah?Tapi apa nak heran di Melaka kan ada sekolah untuk anak-anak gadis yang mengandung anak luar nikah."
Saya cuma nak kata banggakah kita lihat jumlah yang belia yang ramai hadir dalam himpunan tu tapi akhlak dan minda mereka dirosakkan? Program maksiat anjuran BN dibenarkan tapi kalau syarikat swasta bawa masuk penyanyi luar tertentu tidak dibenarkan kononnya nak tunjuk alim.Alim taik kucing!


Baca juga;
Menteri bersilat lidah dalam isu K-POP-M'kini
Menteri:Belanja besar K-POP buka isu jika ditaja-M'kini
Konsert K-POP:Shabery mohon maaf-M'kini
Ramai bengang RM2juta untuk artis K-POP-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. saya setuju dengan pandangan ini. Kadang kala rakyat tak faham hala tuju Kerajaan BN dalam soal agama dan akidah. Bagus dia halang konsert yg tak senonoh dan bawa pengaruh sonsang tu. Tp dlm masa yg sama dia bawa pula kumpulan sonsang utk tontonan rakyat. Apa sebenarnya hala tuju, kalau sebagai hiburan takpayah smpai PM n isteri yg sibuk meraikan mereka itu... meluat -Cucu UMNO 501

    BalasPadam