Jumaat, 15 Jun 2012

Patut si Zamil selalu keluar muka dalam buletin TV3

Saya ada tulih dalam posting saya muka ni tiap-tiap malam keluar TV3.Rupa-rupanya si Zamil ni jadi agen atau broker beli MP Pakatan Rakyat.
Agen tawar RM2 juta beli MP Pakatan Rakyat;Harakahdaily
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menayangkan video pendek yang didakwa bukti cubaan agen Umno Barisan Nasional (BN) membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Rakaman sepanjang 3 minit 41 saat itu mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di ibu negara.

Mereka terdiri daripada dua orang agen yang membuat tawaran, dua orang wakil ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat dan seorang driver kepada agen.

Khalid turut mendedahkan salah seorang agen tersebut adalah bekas ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita).

Antara kandungan perbincangan itu, salah seorang dari wakil ahli parlimen Pakatan itu berkata "Dua juta tak berapa cukuplah".

Lalu disambut oleh seorang lagi agen yang dinamakan Mr. X berkata "kita punya maksimum is like that...".

Kemudian kedengaran Zamil mencelah dengan berkata "kita dapat syiling sahaja...cuma itu Pak Zahrain...".

Rakaman perbincangan itu diakhiri dengan Mr. X berkata "Mula-mula dia dah bagi, lepas tu dia increase...tapi dalam Barisan Nasional sudah ada dah, ini price mana standardized,".

Lalu Zamil mencelah dengan berkata "Directlah!".

Menurut Khalid, rakaman yang didedahkan hari ini (gambar bawah) adalah sebahagian daripada rakaman sepanjang 3 jam.

Menurutnya perbincangan itu dirakam dua tahun lepas selepas beberapa ahli parlimen dari PKR melompat termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

"Video ini membuktikan bahawa pembelian ahli parlimen Pakatan Rakyat memang dijalankan oleh agen-agen yang bertindak bagi pihak Umno.

"Sebelum ini kita tidak ada bukti, tapi sekarang kita ada bukti dan kita mintak orang yang dinamakan (Zamil) memberi respons," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga turut mempersoal kemewahan yang diperolehi Zamil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Zamil katanya kini tinggal di banglo mewah di Kelab Cinta Sayang di Sungai Petani dan memiliki beberapa kereta mewah.

Sedangkan kata Saifuddin, beliau hanya mengenali Zamil dengan latar belakang seorang penjual burger, dan isterinya hanya penjual alat kosmetik tradisional.

"Dengan latar belakang itu, tidak diketahui dia ada perniagaan yang dapat laba tinggi," katanya.-Harakahdaily

Ha ha rupa-rupanya ada udang dibalik batu, ada udang dibalik mee.Kaya..memang kaya zaman sekarang bukan takat jadi broker jual tanah,jual orang  tapi meniaga politik juga boleh jadi kaya raya.Yang melompat juga jadi kaya.

Tanda-tanda ahli politik mula mau melompat cukup mudah antaranya;
Mula cakap tawar hebiar dengan parti sendiri
Mula jauhkan diri daripada program parti dan PR.Contoh dalam Pas sendiri ada pemimpin Pas Pusat tak hadir dalam program Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darulaman.Malas aku nak sebut nama.Beliau lebih syok dengan NGO yang ditubuhkannya.
Mula kutuk parti sendiri.Contoh macam Hasan Ali
Mula cakap macam Umno
Haha dalam dunia  ni kata orang tiga benda manusia boleh kalah.Duit,betina dan kuasa. Tumbang sheikh tumbang kalau iman tak kuat.Ana anta ana anta rupanya kaki pekena,kaki kelentong dan auta haha

3 ulasan:

  1. Si broker pengkhianat laknat ini urus jual beli kerusi YB dgn Wang Besar.bukan jenayah rasuah ke ni?siapa bos dia?di mana SPRM???ini rupanya taukeh jual beli maruah yb.patutlah perak dirampas hantu gelap tu.mmg kurang ajar.

    BalasPadam
  2. Yb yg berjaya dibeli broker ni adalah TIDAK bermaruah,pengkhianat,selfish dsb...jgn jd pengkhianat.rakyat undi atas tiket parti.letak jwtn la kalo ada maruah.xpyh jd bebas.nape masa PRU xguna tiket BEBAS?xde telur..

    BalasPadam
  3. org macam ni mana ada maruah bro..elok humban dalam gaung je..xpon terjun bangunan..abis cterr

    BalasPadam