Isnin, 18 Jun 2012

Ya ampoon semua dah kena gadai

'Kenapa hanya Melayu saja cuba jatuhkan Raja?'-M'kini
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan rasa dukacita kerana kritikan yang sering dilemparkan ke atas golongan Istana dibuat oleh golongan Melayu.

"Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain tiada buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup," katanya di Twitter.

Kenyataannya itu timbul susulan kenyataan oleh ayahandanya, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang marah dengan kritikan yang disuarakan bekas menteri besar Perak, Datuk  Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kos RM520,00 untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW1.

Dalam tulisan tersebut, Tunku Ismail turut mempersoalkan mengapa bangsa bukan Melayu "tidak membuang masa membuat benda bodoh." 

Tunku Ismail turut membayangkan bahawa golongan Melayu akan mengalami nasib seperti masyarakat di Singapura jika negara tidak mempunyai raja.

"Kalau dah susah jangan sibuk mencari raja. Berhentilah hidup dalam mimpi. Sedarlah dan mula hadapi fakta.

"Belajarlah untuk menghargai apa yang anda miliki dan bersyukur," katanya lagi dalam tulisan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata isu yang dihadapi Nizar tidak akan menjejaskan peluang PAS Johor untuk memenangi negeri itu dalam pilihan raya akan datang.-Mkini


Siapa gadai Pulau Batu Putih?Siapa gadai Singpura?Siapa gadai tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura?Melayu mana jual tanah rezab Melayu?Kalau bukan Melayu takkan orang Cina yang gadai hak bangsa Melayu?Takkan tak rasa dukacita bila tengok Melayu gadai hak Melayu?Takkan la Melayu tegur no plate nak jatuhkan Raja?Takkan tak rasa dukacita tengok orang Melayu mau buang perkataan Islam pada pertubuhan Islam?


Yang jatuhkan Maharaja Firaun bukan Melayu,bukan Cina bukan India tapi ialah Nabi Musa A.S yang dibela Firaun sejak dari kecil lagi.Baca di sini.


Baca juga di sini.

9 ulasan:

  1. Tak kena batang hidung raja tak peduli apa berlaku kepada rakyat. Sekarang dah kena batang hidung sibuk salahkan rakyat tak sokong raja.

    Kesal dengan sikap begini...

    BalasPadam
  2. xbersyukur kepala abah kau... drp ko beli plate tu..baik ko donate pd or2 miskin..ada pekdah jugak...

    BalasPadam
  3. umo baru setahun jagung ... lahir dan hidup dalam sudu emas .... alahaii.

    BalasPadam
  4. melayu singapura dibunuh, dihina , tidak diberi kerja langsung, dijadikan hamba abdi kunta kinte. kerajaan cina singapura jual melayu, rampas rumah harta melayu dan bakar melayu hidup2.

    itu sebablah ramai org malaysia kerja kat singapura.

    melayu johor sangat mewah. tiada lagi setinggan, semua dh duduk rumah batu sederhana mahal. semua ada kereta besar. anak2 semua sekolah luar negara. bil air api di johor sangat murah, lebih murah dari bil buang air kt tandas awam.

    cina singapura kalau nk beli rumah, takat pondok durian boleh la. jgn harap dpt miliki harta dan rumah2 mewah yg semuanya mampu dibeli oleh org melayu johor.

    melayu johor semua ada tanah. biar berlalang tapi tidak akan sesekali diambil oleh pemimpin umno. iskandar malaysia semua melayu punya yg masuk bangunkan. cina johor hanya jual air tebu kt iskandar malaysia saja.

    cina singapura tk suka masuk johor sebab dihambat melayu perkasa johor tiap hari. jet pejuang singapura yg masuk ruang udara johor semua dijurus ghaib oleh pekida dan perkasa. byk yg dah gugur menyembah bumi.

    melayu sangat hebat di johor. nasib mereka, harta mereka, masa depan anak cucu mereka semua terbela tujuh keturunan lagi.

    tanah2 mereka semua terpelihara. jgn ada org cina yg nk merisik tanah melayu, mereka akan dihambat oleh umno dan perkasa yg sangat cintakan bangsa sendiri.

    pasir dijohor paling banyak tidak digunakan. ini demi mengekalkan tanah jajahan johor. kalau singapura berani nk ceroboh pasir johor alamat mereka akan makan pasir. perkasa akan ke depan.

    jgn harap cina singapura nk risik pulau batu putih, tg pagar sudah dipagar zahir dan ghaib oleh umno dan pekida yg hebat itu. pulau pisang jgn harap lah singapura nk teroopong..nanti jadi pisang salai singapura yg dijual di air hitam.

    hidup hidup hidup ! apa yg hidup?... entah

    BalasPadam
  5. Kah kah kah... tak ada apa yg hidup. Sultan johor bila sampai ajal mampos jugak. Firaun yg hebat yg tertulis dlm al quran pun boleh mampos, inikan pulak setakat sultan yg hanya tertulis dalam buku sejarah sekolah rendah.

    BalasPadam
  6. Aku tompang kesian tgok sultan & TMJ johor kesayangan rakyat akhir-akhir ni kena tibai oleh rakyat siang malam. Bila baca komen TMJ, aku pun terasa yg TMJ ni ingat institusi kesultanan di Malaysia ni masih lagi hebat macam zaman silam. TMJ, mana ada rakyat pi mengadap bila mereka susah? Cuba tengok, yang pi hanya mereka kaki-kaki ampu dan bodek, yang senang lenang bertujuan dapat pangkat & harta lebih. Jgn bongkak laah!

    BalasPadam
  7. RAKYAT di negara ni ramai yang susah....bukan "kalau dah susah.........."sebab tu baru-baru ni rakyat yang susah dapat bantuan RM500 TU...MAKNANYA memang susah pun bukan "kalau"

    BalasPadam
  8. an nisa-137: Sesungguhnya orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian kembali kafir dan bertambah-tambah kekafirannya, maka Allah tidak akan sekali-kali mengampunkan mereka dan tidak akan memberi mereka petunjuk kepada jalan yang benar.
    4-138: Khabarkan kepada orang munafik itu bahawa mereka akan mendapat azab yang tidak terperi sakitnya.

    4-139: (Iaitu) orang yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, yang bukan dari kalangan orang yang beriman. Apakah mereka (orang munafik) itu mahu mencari kemuliaan pada sisi mereka (orang kafir) itu, sedangkan kemuliaan itu hanyalah milik Allah semuanya?
    4-140: Dan sesungguhnya Dia (Allah) telah menurunkan di dalam kitab (al-Qur’an) bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dilingkari dan dipersendakan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka sehingga mereka menukarkan perbualan (kepada hal yang lain), kerana (jika kamu beserta mereka), di waktu itu kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam semuanya. 4-144: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, yang bukan dari kalangan orang yang beriman. Apakah kamu mahu ada alasan yang nyata bagi Allah (buat menyeksa kamu)?

    BalasPadam
  9. an nisa-144: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, yang bukan dari kalangan orang yang beriman. Apakah kamu mahu ada alasan yang nyata bagi Allah (buat menyeksa kamu)?

    BalasPadam