Jumaat, 1 Jun 2012

‘JIKA' golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka'

Kata DR Asri dalam tulisannya di malaysiakini;
Hanya kelompok ‘jakun' yang cuba hidup dalam dalam kalangan manusia berakal sahaja yang menganggap memberi pendapat itu satu jenayah, sekalipun ia tidak diikuti dengan aktiviti yang mengancam dan merosakkan keselamatan rakyat. 

Ya, sudah pasti ada peraturan dan adabnya dalam setiap perkara. Namun hak bersuara tidak boleh dinafikan. Kita patut ‘tabik' kepada monarki British di ‘sudut itu'. Mungkin perkembangan politik British juga tidak memberikan mereka pilihan melainkan demikian.

Saya rasa itulah salah satu sebab monarki British itu masih disayangi dan rakyat merasakan mereka patut terus berada di situ. 

Isu MalaysiaSaya terlambat ikuti perkembangan isu di Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa ada isu tentang istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM 500,000. 

Saya juga dimaklumkan bahawa ada yang telah kritik isu ini. Saya tidak tahu pendetilan isu tersebut. Saya tidak tahu siapa yang patut dipersoalkan. 

Cuma, apabila ada yang bertanya dalam Twitter, saya jawab secara umum bahawa ‘JIKA' golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka. 

Ini kerana hanya Tuhan sahaja yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia. Saya tweet hal itu secara umum tanpa ditujukan khusus kepada sesiapa. Baca semua di sini.

1 ulasan:

  1. berkata benarlah walaupun pahit

    BalasPadam