Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Dr Mohamad Khir (gambar), anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama: “Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain.”
Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam, bernilai RM3.5 juta.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2008.
Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.
Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.
“Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah,” kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000. — Bernama
Khir masih beruntung walaupun bersalah dan mahkamah jatuh hukum setahun penjara tapi boleh bebas hidup dan makan bersama anak bini kat rumah tak sama macam Anwar,macam Mat Sabu terus dihantar ke penjara.
Khir dah tak boleh bertanding dan Umno sendiri dah terajang Khir.Sial penyapu bawa ke mati.Dunia ni macam roda Khir oiii kadang di atas kadang di bawah.Mengaku sajalah kata Khir dah terpinggir dalam Umno.Umno takut sial penyapu Khir akan tambah derita Umno dalam pru 13 akan datang.Silap haribulan Putrajaya pun hilang daripada genggaman Umno.
Pada November 2007 semasa Khir Toyo jadi MB Selangor dalam satu majlis anugerah bulan kualiti 2007di Shah Alam Khir hadiahkan sebatang penyapu kepada wakil Majlis Daerah Hulu Selangor.Baca di sini.Kejadian ini amat memalukan dan jatuhkan maruah si penerima.Bala datang selepas itu dalam pru 12 pada tahun 2008 dengan stunami yang benamkam Umno-BN di Selangor dan empat negeri yang lain.Khir Toyo masa tu laungkan slogan 'sifar pembangkang' di Selangor.Angkuh dan bongkak yang amat tapi kuasa Allah SWT tak ada siapa pun mampu melawan.
Kata orang tua-tua dulu."Hari ni hari aku ,sok-sok hari kau pulak..Ada ubi ada batas ada hari boleh balas."Tapi biarlah Allah SWT saja yang menentukannya.
bangang punyer idea..beruk sgguh perangai..memalukan der!
BalasPadampatutlaa species mcm ni d tendang awal2..dah laa berlagak nak mampos..sifar pembangkang? hahaha...last2 ko yg lingkup..
..mkn duit harom xingat dulu...skrg, buat2 tua..kononnya laa dah tua..isu rumah lum sttle lg der,ape kes? dah nk bersara? pandai laa ko!dasar harommmmm...