Rabu, 6 Jun 2012

Jangan sokong pemimpin buat kenyataan nampak bodoh

Siapa tak kenal Braheng Ali yang suka cakap besar dan berdegar-degar.Berkokok lantang ekor mencecah taik.Perkasa Braheng Ali semasa demon Bersih 2.0 kata mau tumpah darah kalau orang Cina turun dalam demo Bersih 2.0 dan mintak simpan stok makanan banyak-banyak.Akhirnya batang tubuh Perkasa tak nampak pun dalam demo Bersih 2.0.Begitu juga dalam demo Bersih 3.0 berdegar-degar Perkasa bagi amaran kepada orang Melayu supaya jauhi demo Bersih 3.0 tapi akhirnya Perkasa hilang tah ke mana semasa demo Bersih 3.0.Tu lah Perkasa tulah Braheng Ali kalau hang pa nak kenal.

Malaysiakini melaporkan Perkasa:Lapor polislah 
Sekiranya Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempunyai bukti bahawa rahsia tentera laut Malaysia dijual kepada syarikat asing, NGO hak asasi itu patut membuat laporan polis supaya siasatan dalam dijalankan.

NONEPresiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, Suaram juga patut mengemukakan salinan dokumen berkaitan.

Suaram pada 31 Mei mendedahkan, siasatan mahkamah Perancis terhadap syarikat kapal DCNS mendapati ia membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Sebahagian daripada pembayaran itu, dakwa Suaram lagi, melibatkan jualan dokumen rahsia berhubung penilaian Malaysia berhubungpurchase order.Gambar dan berita oleh Malaysiakini


Berita berkaitan tajuk di atas ialah Nurulizzah bahas usul tergempar penjualan dokumen rahsia negara berkaitan Scoperne.Buat apa nak repot polis?Apa jadi dengan beratus-ratus repot polis salahlaku pemimpin regim Umno-Bn?Lagi baik dibahaskan dalam parlimen biar semua rakyat tahu siapa dalang besar jual dokumen rahsia negara.
Baca juga TLDM tidak mahu ulas dakwaan penjualan dokumen sulit-Malaysiakini


Ni lagi sorang pemimpin Umno Selangor yang gila nak jadi MB Selangor.Sok sek sok sek di kalangan Umno Selangor kini sedang berpecah sebab berebut nak jadi MB Selangor antara Mat Ezam Kotak dan Noh Omar.Ramai Umno Selangor tak mau Ezam jadi MB jika BN kembali berkuasa di Selangor.Semoga Allah SWT kalahkan BN di Selangor.Biar bagi depa dua berebut benda yang tak pasti haha.


Kata Noh Omar BN Selangor:Jangan layan kaji selidik daftar pemilih-Sinarharian online
Barisan Nasional (BN) Selangor mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak ‘melayan’ borang kaji selidik yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi mengenal pasti pengundi baru didaftarkan.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau mendakwa tindakan Kerajaan Negeri itu adalah untuk mengelirukan rakyat kerana sepatutnya mereka berusaha mengenal pasti di mana 600,000 orang yang tidak berdaftar berbanding mempertikaikan jumlah 300,000 orang pengundi baru itu.

Katanya, agak menghairankan mengapa Kerajaan Negeri tidak berpuas hati penambahan 300,000 pengundi baru sedangkan masing-masing tidak mengetahui siapakah yang akan dipilih mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Noh berkata, sekiranya PR benar-benar mahu menegakkan demokrasi, maka sepatutnya mereka membantu mengenal pasti di mana 600,000 pengundi belum berdaftar itu supaya rakyat negeri ini dapat menjalankan hak sebagai pengundi.Baca semua di sini.


Faekah Hussin jawab kenyataan Noh Omar dengan kata Noh Omar buta demokrasi-Selangorku.com

 Sikap Noh Omar yang mempertikai usaha Kerajaan Negeri membersihkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) di Selangor disifatkan sebagai ‘buta demokrasi’ oleh Faekah Husin.
Noh yang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Kerajaan Negeri menyalahguna kuasa apabila melancarkan program ‘Selangorku Bersih’ bagi membersihkan daftar pemilih SPR yang menyaksikan penambahan luar biasa pengundi.
“Ini membuktikan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu buta demokrasi kerana tidak menghormati hak rakyat negara ini untuk mendapat pilihan raya yang adil dan bebas,” kata Faekah yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.
Faekah berkata, selepas tsunami politik pada 2008, telah berlaku banyak perubahan terhadap senario politik negara termasuklah di Negeri Selangor.
Antaranya peningkatan luar biasa jumlah pengundi baharu yang apabila dilihat dengan mata kasar agak tidak seimbang dengan jumlah penduduk terutama di kawasan-kawasan tertentu.
“Lebih mengejutkan ialah apabila SPR mengumumkan terdapat pengundi baharu di Selangor seramai 600,000 orang,” ujar Faekah dalam kenyataan media.
Tambah Faekah, meskipun Kerajaan Selangor menganggap daftar pemilih yang dikeluarkan SPR seharusnya sahih dan betul, namun lonjakan pengundi baharu agak membuka mata.
Justeru, sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang sah, maka adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan Selangor untuk memastikan bahawa nama-nama yang tertera dalam daftar tersebut benar-benar rakyat yang bermastautin di negeri ni.
“Program Selangorku Bersih dilancarkan untuk maksud tersebut; membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut.
“Kita gerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak,” kata Faekah.
Tegas Faekah, tindakan Noh menghasut rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK, ketua kampung dan penghulu ketika menjalankan pemeriksaan adalah tindakan yang benar-benar mengecewakan.
“Seorang Menteri kanan boleh bertindak dan mengeluarkan kata-kata yang berniat jahat demi menghalang proses demokrasi.
“JKKK, ketua kampung dan penghulu adalah individu yang dilantik Kerajaan Negeri secara sah dan mereka ini mempunyai hak untuk menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir luar termasuklah pengundi-pengundi yang tidak sepatutnya berada di Selangor,” katanya.
Jelas Faekah, Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih, adil dan telus.
Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih.
Hal ini dijelaskan lagi apabila Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju dengan kenyataan jahat Noh tersebut.
“Ironinya, niat Kerajaan Selangor membuat gerakan mengesan para pengundi di seluruh negeri Selangor telah pun dimaklumkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu.
“Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut,” kata Faekah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan