Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah.
Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan.
Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah.
“Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati?
“Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya).
Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun,” katanya.
Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'.
Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan.
Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang.
Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.-Sinar
Ni baru dinamakan berkhutbah .Kalau setakat nak cerita bab haid dan nifas,amalan sunat tu dalam kuliah maghrib pun banyak.
Kenapa Umno terasa kalau tak zalim dan rasuah?Yang terasa sangat tu pasai apa?Bukan kata kat Umno pun haha.
inilah dkatakan pepatah dulu2..sapa mkn cili, dialah yg merasa pedasnya...
BalasPadamSbb mereka Zalim & rasuah,psl tu terasa sangat2...hahaha....
PadamSbb mereka Zalim & rasuah,psl tu terasa sangat2....hahaha....amek kau..
BalasPadamno name
BalasPadamsetuju