Isnin, 4 Jun 2012

Dok kira PR kalah nak buat huru -hara ,kalau Umno hilang Putrajaya berapa banyak berlaku tumpah darah?

Wow! bertambah seronok tengok pemimpin Umno meroyan dan jadi gila bila bercakap.Apabila Tun Madey kata pembangkang jika kalah pru 13 mereka akan bertindak ganas kerana tidak dapat terima kekalahan semua pemimpin Umno bersetuju dan jadi tukang tambah.Tapi apabila Tun Madey yang pernah kata Umno parti rasuah yang dah busuk hingga ke ususnya tak ada seorang pun yang setuju dengan Tun Madey.Haha

Hari ini seorang lagi pemimpin Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein kata PRU 13:Tidak mustahil ada pihak buat kecoh atas nama hak (sinarharian).Najib dan Muhyiddin Yaasin awal-awal lagi sokong Tun Madey.

Apa saja kini yang Tun Madey kata semua pemimpin Umno tikam turut sokong bulat-bulat.Kalau Tun kata hitam,hitamlah,kalau Tun kata putih,putihlah.Kalau Tun kata taik lembu sedap kalau dibuat kek tentu pemimpin Umno yang kini jadi tak ketawan hala akan kata ,'Yaa mari kita makan...!'

Ingat baik-baik kata-kata Najib nak pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun.Kalau kalah mungkin Umno akan jadi ganas dan berlaku tumpah darah!Kata Najib;
Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi..
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi..
Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi..
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..



 Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!-Perhimpunan Agung Umno kali ke 61 tahun 2010.


Muhyiddin Yaasin juga pernah berkata pru 13 ibu segala pilihanraya.Kalau kalah dan hilang Putrajaya agak-agak Umno akan jadi ibu segala kejahatan agaknya!


Kata-kata berbentuk hasutan ni muncul setelah Umno hilang 5 negeri dalam pru 13 yang lalu.Kini semakin dekat pru 13 Umno pulak kata PR nak mengamuk jika kalah teruk dalam pru 13.


Kalau Umno dok bohong kata PR nak buat huru-hara jika kalah pru 13 adakah ini tanda Umno akan menipu besar dalam pru 13 akan datang?Kerja-kerja menipu akan jadi kenyataan disebabkan 7 tuntutan rakyat mahu pilihanraya bersih tidak ditunaikan.Mereka pekak badak terhadap tuntutan Bersih 2.0 dan mainkan lagu untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak undi PR.


Dalam keadaan Umno berkuasa di Putrajaya kini gejala samseng Umno semakin menjadi-jadi tambahla hilang kuasa di Putrajaya.

2 ulasan:

  1. hahahhaa..parti yg dh nak mampus akan buat apa saja...sbb mereka tahu...hilang kuasa akan hilang segala2nya...silap haribulan...jadi mcm presiden mesir..akan makan tidur dalam penjara hgga akhir hayat...huhuhuhuh

    BalasPadam
  2. Mampussss ko nyah hahaha!

    BalasPadam