Ahad, 3 Jun 2012

Gerombolan semakin takut hilang Putrajaya apabila Mubarak masuk penjara

Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak yang berkuasa selama 30 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah di Kaherah atas kesalahan membunuh 800 rakyatnya yang berdemontrasi semasa Mubarak berkuasa.Laporan penuh di sini, sini dan sini.Rakyat Mesir yang masih tidak berpuashati atas keputusan mahkamah yang mahukan Mubarak dihukum mati bertindak berdemontrasi di Dataran Tahrir.

Itulah nasib seorang diktator yang zalimi rakyatnya sendiri terpaksa habiskan sisa-sisa hidupnya dalam tirai besi.Semasa ada kuasa kita memang hebat tapi bila kita jatuh tersungkur tidak ada siapa lagi yang boleh tolong kita.

Hari ni saya baca laporan themalaysian insider yang kata ;
Pru 13 penentu hidup dan mati BN,kata Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 kali ini adalah penentu "hidup dan mati" parti tersebut.
Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN akan ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.
"Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.
"Justeru saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1000 jentera BN Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pagi tadi.
Beliau yang merupakan Pengerusi BN Kuala Lumpur juga menggesa jenteranya untuk bekerja keras di peringkat akar umbi bagi membolehkan rakyat kembali menyokong kepimpinan BN.
"Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu telah berlalu. Jika Pakatan Rakyat (PR) melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah buat kita.
"Kita perlu turun padang dan membantu rakyat supaya sokongan mereka kembali kepada kerajaan BN," tambahnya.
Ahli Parlimen Pagoh ini juga menjelaskan, jentera parti tidak seharusnya leka dalam menghadapi pilihan raya akibat daripada kekurangan dalam PR.
"Kita jangan leka. Jangan terlalu yakin kita akan menang. Kita perlu terus berusaha dan tidak lalai akibat daripada kekurangan pembangkang.
"Sebab itu kerajaan "walk the talk". Kita bukan seperti kerajaan PR yang hanya tahu "talk and walk," tegasnya di sahut tepukan gemuruh jentera dari Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Muhyddin menjelaskan, BN tidak boleh tewas kerana mereka telah berusaha 55 tahun untuk membangunkan negara ini dan mengecapi keamanan dan kestabilan seperti sekarang.
"PR sekarang mula menggunakan pendekatan psikologi terhadap rakyat. Mereka sedar sokongan mereka sudah lemah dan mereka sudah rasa takut dan bimbang.
Kita perlu pastikan kita tak boleh kalah. Jangan biarkan mereka menjahanamkan negara. Kita telah bina negara ini 55 tahun," tegasnya lagi.
Malah, beliau turut berkata pembangkang sedar kerajaan BN sudah semakin mendapat tempat di hati rakyat berbanding 2008, lalu mereka mula mengerah rakyat untuk melakukan demonstrasi menentang kerajaan seperti perhimpunan seperti Bersih 3.0.
"Mereka tahu mereka tak boleh menang. Mereka kerah rakyat keluar untuk lawan kerajaan menggunakan demonstrasi," tegasnya lagi.-M'insider

Siapa yang takut sebenarnya?Umno sudah berkuasa 54 tahun satu jangkamasa yang panjang.Umno macam orang yang banyak dosa takut mati,takut kerana banyak lakukan kezaliman,rasuah dan penyelewengan kuasa!Nampak sangat Muhyiddin,Najib dan juga Tun Madey berada dalam keadaan resah dan gelisah menanti hari-hari terakhir Umno-BN tumbang di Putrajaya.Rakyat yang jadi penentu dalam pru 13 sudah tidak sabar mahu lihat Umno-Bn dikuburkan .

1 ulasan:

  1. WA MAU MAMAK MAHATHEY KAK ROSMAH NAJIB MUHIDIN SHARIZAT NAZRI mic mca umno porno MASWUK DALAM KATEGORI INIHEY MELAYU YOU TAU SAPA TU IMELDA MARCUS MALAYSIA KAK ROSMAH MUKA SIAL TULAH!

    BalasPadam