Jumaat, 29 Jun 2012

Tolak calon keparat makan elaun hasil rakyat lawan Umno

Saya baca dalam Sinar harian online tulisan Dr Aminuddin Mansor yang tulih Ramai Calon Bebas Bertanding Pru 13.Dr tu sebut antara mereka-mereka yang akan bertanding sebagai calon bebas dalam pru 13 akan datang ialah Hasan Ali, Braheng Ali, Mohsin,Zahrain ,Zul Kulim,Tan Tee Beng dan Wee Chee Keong. Mereka-mereka ni dikatakan akan jadi kuasa ketiga dalam pru 13 akan datang.

Pengkhianat-pengkhianat ni dikatakan ada pengaruh sendiri dan kekuatan sendiri.Bagi saya saya yakin jika si pengkhianat-pengkhianat ni yang kini bukan bebas tapi jadi penyokong Umno-BN jika bertanding dalam pru 13 akan datang mereka tidak akan diterima pengundi baik penyokong BN mau pun penyokong PR.Mereka akan hilang deposit.

Si pengkhianat2 ni memang layak dihumban ke dalam lubang jamban saja layaknya bukan diberi peluang berada dalam parlimen Malaysia.Penat-penat rakyat yang benci kepada Umno-BN bagi undi kepada mereka , makan elaun hasil penat lelah rakyat lawan Umno tiba-tiba jadi pembelot apabila dapat tawaran lumayan daripada agen yang mengajak mereka lompat parti.Jika dulu setiap hari melawan Umno-Bn kini jadi mesra Umno -BN.

Apa yang si lebai Mohsin (MP Bagan Serai gambar bawah) buat dalam parlimen?Apa yang diperjuangkannya?Berjuang untuk perut sendiri ada la!Berapa banyak dapat duit apabila lompat keluar daripada PKR?Lebai mangkok pengkhianat ni hanya keluar muka dalam media apabila umum keluar parti saja lepas tu dah tak laku.
Begitu juga dengan si Hasan Ali,Braheng Ali dan juga Zul Kulim (gambar bawah)yang sedap mentekedarah elaun hasil titik peluh rakyat lawan Umno.Semua mereka kaki kencing bijak macam burung yang pandai berkata-kata tapi akhirnya lempar taik kepada parti yang pernah bagi mereka peluang jadi YB!
Layak ka muka-muka pengkhianat dan pembelot ni jadi kuasa ketiga?Saya yakin rakyat yang kena tipu dengan mereka sedang berdoa kepada mereka untuk dapat balasan yang setimpal.

Nak kenal amat senang kalau nak tengok pemimpin PR tak kira la dia duduk dalam Pas sekalipun yang jeneh lapaq sangat dengan duit Umno ni .Mula-mula jadi tawar hebiaq dengan segala kezaliman Umno-Bn.Pemimpin lain sibuk dengan program melawan Umno si lapaq duit Umno akan sibukkan diri dengan pertubuhan NGO.Bab-bab nak lawan Umno ni serah pada orang lain.Mai la isu apa pun si lapaq duit Umno tak akan kritik dan tutuh Umno lagi.Sebab apa?Mulut dah lekat gam kasut dengan Umno.Dah jadi berat nak lawan Umno.Duduk dalam parti lawan Umno tapi makan taik Umno.Banyak yang jeneh ni bukan sorang dua.

Si lapaq duit Umno ni akan cuba menyondol-nyondol bawah ketiak Umno kalau boleh nak duduk atas riba pemimpin tertinggi Umno atas nama NGO.Sapa pun tak boleh kata apa sebab dia cerdik juga nak bodohkan pemimpin parti dia. Dia dah lupa pengundi dan  rakyat benci Umno bagi elaun ahli parlimen kat dia!Kalau tidak tak merasa jadi ahli parlimen.Manusia ni tak kira dia ustaz sekali pun main dengan duit,betina dan kuasa boleh tumbang sheikh.Banyak dah tengok depan mata bukan auta.Janganla kita kena tipu sampai dua tiga kali.

5 ulasan:

  1. Saya ada baca tulisan Dr tu dalam Sinar tetapi saya tak nampak pon ianya dihuraikan dgn hujah yg baik yg sepatutnya dtg dari seorg yg bergelar Dr.Bagi saya umur katak2 ni akan sampai penghujungnya apabila parlimen dibubarkan.kalau tanding pon tak akan menang tak hilang deposit pon kira baik. Contoh Hasan Ali ada berapa kerat penyokongnya yg ikut dia bila keluar PAS.Buat ceramah pon UMNO dan PERKASA yg aturkan.Dulu dia nampak hebat sebab dokongan ahli dan cawangan PAS.Nak tanding atas tiket BN/UMNO almaklumlah ketua,timbalan dan AJK bahagian nak buang kemana,padahal sejak 2008 depalah yg buat program.Katak2 tu cuma melukut ditepi gantang.Apa pon puak2 tak rugi apa2 sebab shoro dah masuk!!!

    BalasPadam
  2. hasan ali penah berceramah kat tmpat aku, malas aku nak story pnjang2..yg aku nak sebut..nampak sgt d dokong oleh kerajaan UMNGOK, dan mereka yang bersekongkol atas kuasa yang ada dlm kerajaan negeri ..
    Sbb ape aku ckp mcm tu? sbb..kalau PAS,pembangkang nak mintak permit berceramah secara live & terbuka mcm tu..mampus majlis tempatan xlayan der..(sbb yg berkuasa adalah kepala jadah umno sendiri)mmg jahanam laaa species mcm ni..ni bukan lagi talibarut namanya..ini tali gantung

    BalasPadam
  3. pendek cerita; pengkhianat ni sat saja org boleh kenal dan tak lama lagi tenggelamlah dgn labu-labunya.

    BalasPadam
  4. PELIK LE KORANG MAKI HAMUN ORG LAIN, ISLAM SANGAT KE KORANG NI???? TENGOK DULU DALAM CERMIN SEBELUM MEMAKI HAMUN ORG LAIN, TAK KORANG, MUNGKIN ANAK CUCU KORANG PLAK YG KENA MAKI HAMUN, YA ALLAH BUKA LA PINTU HATI MEREKA UNTUK BERTAUBAT............ AMIN

    BalasPadam
  5. Kepada yg menulis blog, semoga kamu mendapat balasan di dunia dan akhirat kelak, Amin

    BalasPadam