Nampak sangat PM Najib berada dalam keadaan yang tak keruan,gelisah dan hilang arah.Bukan takat dok pikir bakal menantunya Daniyar Nazarbayev yang didakwa menipu di Amerika Syarikat sebanyak AS20 juta (RM62 juta) banyak lagi perkara lain yang menghantui beliau.Perkara paling takut dan ngeri buat Najib kini ialah kalau Umno-Bn tumbang di Putrajaya.Jika ini berlaku maka nasib Najib yang kini antara orang yang akan disapina ke mahkamah Perancis dalam kes jual beli kapal selam Scorpene akan jadi bertambah buruk.
Ramalan bahawa BN tidak akan dapat dua pertiga majoriti dalam parlimen dan akan hilang beberapa kerusi parlimen di Sabah, Sarawak juga merisaukan Najib.Duit BR1M RM500 dah bagi ,duit sekolah RM100 dah bagi hingga diungkit setiap hari dalam media yang dikawal regim BN tapi Najib belum mau umum tarikh pilihanraya umum ke 13.Kini berura-ura nak tambah lagi duit BR1M RM500 pusingan kedua.Bagi jangan tak bagi ni la peluang rakyat miskin nak dapat duit free.
Hari ni saya baca dalam laporan TheMalaysian insider mengenai amaran Najib kepada para peniaga Cina Malaysia.Bagi saya ayat ni ayat amaran .Ini ayat orang takut kalah.Kata Najib ;
"Anda telah bekerja keras untuk mengumpul aset dan kemewahan di negara ini namun ianya akan hilang jika kita tidak bekerjasama bagi memastikan kestabilan politik ini dapat dikekalkan ” katanya “Kestabilan politik adalah faktor utama kerana sebarang bentuk ketidakstabilan akan memberikan risiko kepada perniagaan yang akan meningkatkan kos turun naik pelaburan langsung asing dan pasaran saham akan merundum ” katanya lagi sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-66 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina ACCIM Najib turut menegaskan kerajaan pimpinannya juga tidak hanya sekadar memberikan janji kosong sebaliknya akan “mengotakan janji yang ditaburkan”."Baca semua di sini.
cam mintak sedekah pon ader ...cit!
BalasPadam