Jumaat, 1 Jun 2012

Yang rakyat nak tahu siapa yang suruh polis tu bunuh Altantuya!

Kata Musa Hasan bekas Ketua Polis Negara dalam laporan Malaysiakini 'Saya beritahu Pak Lah, Najib Tak terlibat'. Fuhhh! semua polis pencen ni kalau dah pencen berani cakap apa saja waktu pegang jawatan ada kuasa penakut bukan main lagi kepada tuannya.Alasan utama kalau belum pencen buat apa pun 'Arahan!Arahan! untuk halalkan matlamat dan tindakan mereka.

Katalah menatang apa pun isu pembunuhan Altantuya ni cuma rakyat nak tahu hingga kini siapa arahkan dua anggota polis UTK tu bunuh Altantuya.Dah la rakyat sangsi dengan dua anggota polis tu yang dibungkus kepala setiap kali masuk mahkamah kini Musa Hasan bermain kata-kata Najib tak terlibat bunuh Altantuya.Rosmah Mansor pun kata Musa Hasan tak ada di tempat Altantuya dibunuh oleh dua anggota polis UTK tu.

Berani Musa Hasan dedahkan siapa pulak yang arahkan dua anggota polis tu suruh bunuh Altantuya.Razak Baginda pon boleh terlepas terlibat bunuh Altantuya habis siapa dan mahkluk mana yang suruh dua anggota polis tu bunuh Altantuya?Takkan kerja polis bunuh orang!?
Apa kita nak heran kalau Musa Hasan kata Najib tak terlibat.Penyiasat persendirian P.Balasubramaniam yang kini hilang entah di mana pun ada dua akuan bersumpah yang hanya selang sehari berbeza dengan akuan bersumpah pertama berkaitan pembunuhan Altantuya.Saya juga teringat laporan malaysiakini yang laporkan hakim kata motif bunuh tak penting.

Timbalan Presiden Pas Mat Sabu dalam ceramahnya pernah berkata 'filem Altantuya' ini akan siap jika Pakatan Rakyat tawan Putrajaya.Imej Najib kini cuba dibersihkan sebersih-bersihnya menjelang pru 13 yang dah tak berapa hari lagi.Semua media arus perdana termasuk dalam berita internet yang dah dibeli mahu gambarkan kepada rakyat bahawa hanya Najib lah manusia paling bersih ketika ini.

Berita fail Selasa 13 April-Akuan Bersumpah P.Bala:SPRM sudah ambil keterangan-mStar Online

Menurut beliau, keterangan berkenaan berkaitan keterangan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam mengenai kes pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
"Sudah (menyoal)," katanya ringkas kepada media di lobi Parlimen di sini semalam.
Bagaimanapun ketika diajukan bila proses mengambil keterangan itu diadakan, beliau berkata: "Sudah (ambil keterangan), cukuplah, sudah sudahlah."
Balasubramaniam sebelum ini menggemparkan negara apabila pada 3 Julai tahun lalu muncul di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan akuan bersumpahnya mengaitkan Najib (waktu itu Timbalan Perdana Menteri) dengan Altantuya.
Bagaimanapun keesokannya pula, dia menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara bersama keluarga.
Beliau juga pernah mendakwa keluarga Perdana Menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.
Sebelum itu, pada sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat hari ini oleh Tian Chua (PKR-Batu), Mohamed Nazri berkata SPRM kini sedang berusaha untuk mendapatkan keterangan Balasubramaniam melalui peguamnya.
"Peguamnya enggan memaklumkan di mana anak guamnya berada atas sebab-sebab keselamatan dan kebajikan," katanya.
Balasubramaniam telah mendakwa bahawa Deepak memainkan peranan dalam menggesa penyiasat persendirian itu supaya menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri.
Malah beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Mohamed Nazim bagi menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.-mStar Online
Isu skandal jual beli kapal selam Scorpene yang kini dibicarakan di mahkamah Perancis pulak kaitkan nama Najib dan Zahid Hamidi yang mahu disapina ke Perancis.Isu skandal Scorpene ni berkait rapat dengan nama Altantuya wanita cantik yang turut jadi orang perantaraan sewaktu urusniaga kapal Scorpene dilakukan.Baca di sini.

4 ulasan:

  1. jgn jd pondan laa, come on man..kalau hang xbersalah..watpe nak takot..ckp 1 malaysia, now nama baik malaysia telah diburuk2kan media luar.apa tggu lg, p laa..kira nak hantaq org je pi..hang je laa pi jib..

    BalasPadam
  2. Mahkamah akhirat menantikan segala kebenaran..

    BalasPadam
  3. walaupun tak dak sapa yang berani mengaku berak tengah jalan,takpa takpa. kita kan ada ALLAH.Walaupun rasa bersalah kerana MEMANG BERSALAH,anda semua yang terlibat dalam kes janda Monggolia yang hangpa bunuh dengan sadis dan tanpa belas kasihan ni kena ingat aku nak tanya nih....APA HANGPA INGAT HANGPA AKAN MENONGKAT DUNIA KA?Bila HANGPA SEMUA dah mashok lubang kubog baru hang tau langit tinggi rendah no....Lani HANGPA SEMUA bulehla tunjuk ek sebab HANGPA SEMUA ada KUASA tapi INGAT hangpa MERANCANG tapi ALLAH MAHA PERANCANG.BERTAUBATLAH tara tengah nyawa dok berbaki nih....kalau tiba tiba malaikat mai cabut nyawa tu kurang kurang pon tiket pas pintu taubat tu dah ada....Jangan pikir takdak seksa kubur wahai insan insan yang takbur kerana itulah seburuk buruk jalan kembali untuk hamba hambaNya yang bersifat durjana menzalimi sesama insan.INGATLAH WAHAI PARA PENGUASA YANG BEDEBAH bahawa ANDA TETAP AKAN DIHISAB diAkhirat kelak.BERTAUBATLAH KAMU SEBELUM KAMU DITAUBATKAN.Hamba Allah yang BENCI SEMUA KEMUNGKARAN.

    BalasPadam
  4. Bunuh orang lepas tu berani kata kalau buat salah kena sembahyang !!!tak malu betul si najib !!!

    BalasPadam