Penduduk lapor polis pengundi meragukan-M'kini
Penduduk Kampung Pandan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka hari ini tampil membuat laporan polis mendakwa terdapat pengundi meragukan didaftarkan di kampung mereka.
Mereka mendakwa terdapat 15 individu tidak dikenali didaftarkan menggunakan alamat di satu rumah dan 30 lagi didaftarkan menggunakan alamat tidak lengkap tanpa nombor.
Bekas ketua kampung di situ Arshad Ahmad, 50, mendakwa terdapat 15 orang yang tidak dikenalinya didaftarkan di alamat rumahnya di No 10 Jalan Molek, Kampung Pandan.
"Saya buat semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dua minggu lepas.
"Tahun 2008 (sebelum mengundi) juga saya ada periksa tapi (nama mereka) tiada," katanya.
Menurutnya, laporan itu juga dibuat kerana beliau risaukan keselamatan diri dan keluarganya dengan pendaftaran individu yang tidak dikenali pada alamat beliau.
"Tindakan ini saya buat bukan kerana ia isu politik tetapi atas isu keselamatan," katanya.
Seorang lagi penduduk Mahadi Abdul Rashid pula membuat laporan polis mendakwa 30 orang individu tidak dikenali didaftarkan pada alamat tidak lengkap di Lorong Kemajuan, Kampung Pandan.Baca semua di sini.
Mana ada satu isi rumah di Malaysia sampai 15-30 orang yang ada hubungan keluarga.Kalau ada pun jarang-jarang kita dengar.Kalau tak menipu macammana Umno akan terus kekal berkuasa di Putrajaya?Rakyat dah bagi amaran jika pilihanraya tidak bersih rakyat akan turun ke jalanraya!
Jawapan suruhanjaya penipu rakyat cukup mudah SPR:Pengundi sama nama,bukan klon.Hingga kini 7 lagi tuntutan tidak ditunaikan.Percayakah kita pru 13 yang jadi ibu segala pilihanraya dan hidup mati Umno ini akan bersih daripada segala unsur penipuan?
Kalau satu isi rumah sampai 15-30 orang jangan mimpi PR akan kalahkan Umno-BN dalam pru 13!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan