Sabtu, 23 Jun 2012

Budaya kita baling batu , telor dan kata haramjadah bukan debat

Kata PM Najib dalam laporan Malaysiakini Najib:Debat bukan budaya kita antara lain Najib kata ,"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.
"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.
Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.

"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang,"  katanya.

Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.

"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.-m'kini

Kalau nak debat pun takut,nak sangat buat pru 13 musim Haji kerana takut kalah apa lagi yang ada pada Najib.Malu la dapat PM macam Najib cakap tak ketawan hala flip-flop.


Kalau debat bukan budaya apa budaya yang baik untuk selesaikan isu berbangkit?Takkan budaya kita ialah baling batu dan telor dalam ceramah parti lawan?Takkan budaya Umno ialah buat kacau,pukul dan tumbuk penyokong parti lawan?


Takkan budaya kita macam Najib yang kata Haramjadah kepada  peneroka yang enggan terima penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd.Budaya kita terajang rakyat yang berdemontrasi yang hanya bawa garam dan botol air mineral.


Budaya kita versi Najib sebar video lucah sampai tak kira waktu.Budaya haram jadah yang sesuai dengan Umno itu budaya kita.Budaya kita yang tak sesuai dengan Umno itu bukan budaya.


Satu cara supaya gerombolan terus berkuasa ialah gerombolan tidak mahu rakyat jadi celik dan peka dengan isu semasa.Jika rakyat terus diasah pemikiran mereka jadi tajam dalam berpolitik maka riwayat Umno akan tamat serta merta.
Ini gambar johan debat Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri 2011.Kalau debat bukan budaya kita buat apa ajar budak -budak sekolah berdebat.

2 ulasan:

  1. Inilah jenis pemimpin yang tidak berwibawa! Tidak pernah diuji dan takut untuk diuji. Jadi pemimpin guna pintu belakang dan bersandarkan Jasa arwah bapak! Tapi ini juga salah melayu yang terlalu bernostalgik dengan orang 'besar' dan 'jasa'. Justeru kalau anak orang besar nak jadi pemimpin terus dilantik meskipun diketahuinya yang hendak dilantik tu Jongos dan hampeh!!

    BalasPadam
  2. Budaya najib ialah ambil komisyen atas setiap barangan yang dibeli menggunakan duit kerajaan. Itu yang paling jelas...

    BalasPadam