Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad ke-V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum. Baginda berkenan melawat Booth ROYALTI sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012.
Turut mengiringi Baginda adalah Menteri Besar, Datuk Seri Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan.
Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.
Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.
Beliau mengulas tindakan DYMM Sultan yang menurunkan tandatangan pada Plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama 5 hari dari 5 Jun hingga 10 jun 2012.
“Tindakan Sokongan Baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar Baginda Sultan sebagai Pemimpin rakyat Kelantan. Perjuangan GEGAR tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan”. Hisahmuddin mengulas.Baca semua di sini.
Nampaknya peluang Mustapa Mohamad dan Awang Adek nak jadi MB Kelantan hanya akan jadi Mat Jenin panjat pokok kelapa.Kalau sultan pun sokong tuntutan royalti minyak untuk rakyat Kelantan apa ada lagi pada Umno di Kelantan?
Anuar Musa(Umno) yang kena gantung jawatan sebagai Timbalan Presiden FAM turut tandatangan sokongan tuntutan royalti minyak untuk Kelantan semasa berlangsung final piala FA di stadium Bukit Jalil.
Apa yang ada pada peluang untuk gelombang merah Umno di Kelantan.Adakah dalam pru 13 nanti Umno akan kalah 45-0?Sama-sama kita tengok nanti.
Umno dah banyak habis duit untuk tawan Kelantan yang sudah 22 tahun dikuasai Pas sejak 1990 lagi.Lagi banyak tabur duit lagi banyak Umno akan kalah.Rakyat Kelantan nak royalti sama seperti Terengganu,Sabah dan Sarawak.Umno cakap berdegar-degar nak tolong Melayu ,sama-sama Melayu lagi teruk Umno layan!
Salute lah! :)
BalasPadam