Rabu, 13 Jun 2012

Lain kali mintak duit dulu baru 'senaman punggung'

Menteri didakwa tak tunai janji , veteran tentera akan berdemo-Malaysiakini
Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) akan mengadakan satu lagi demonstrasi - kali ini dengan mensasarkan Kementerian Pertahanan dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden persatuan itu, Mohd Ali Baharom berkata, demonstrasi pada 29 Jun itu akan dibuat kerana PVTM kecewa dengan menteri yang antara lainnya didakwa tidak menunaikan janjinya sebelum ini.
“Veteran kecewa kerana tidak dihargai sebagai contoh tentang isu kebajikan dan layanan menteri kepada persatuan bekas tentera.
“Sebelum ini juga Datuk Zahid ada berjanji seperti nak beri pencen kepada bekas tentera. Tetapi tak beri.
"Kemudian beliau juga berjanji nak memberi saguhati kepada bekas tentera yang tak pencen," katanya ketika menghubungi Malaysiakinisemalami.
Beliau menjangkakan seramai 2,000 orang bekas tentera akan menyertai demonstrasi pada 11.30 pagi di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
PVTM yang diketuai Mohd Ali sebelum ini meraih populariti melalui demonstrasi "senaman punggung" ke atas pengerusi bersama BERSIH 2.0 pada 15 Mei.
Susulan perhimpunan pada 15 Mei, PVTM menerima kecaman pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk oleh ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
PVTM yang berang dengan kritikan tersebut kemudiannya mengancam untuk mengadakan satu lagi demonstrasi ke atas Khairy.
Bagaimanapun, cadangan untuk ke mengadakan demonstrasi di hadapan rumah MP Rembau itu dibatalkan kerana Mohd Ali mengatakan, ketua pemuda itu telah memohon maaf kepadanya.-m'kini

Kalau nak jadi pak yet Umno kena ambik duit dulu baru boleh buat kerja.Kalau tidak jangan senaman punggung.Bayar dulu baru senam punggung haha

4 ulasan:

  1. itulah..senang d bodoh2kan...demi duit seciput

    BalasPadam
  2. tak dapat imbuhan senaman punggung, kesiaan, tak pa asalkan punggung sihat dan boleh buang najis pun dah bagus. bersabar lah , lepas ni kita senaman batu pulak, sebab batu banyak bodoh..

    BalasPadam
  3. Geng senaman punggung ni memang bodoh piang dan bangang yang tak boleh dibantu bantu.Bodoh sebab berketuakan kaki bodek dan pengampu yang terlampau. Pergi jahanamlah dengan senaman punggung yang memalukan umat melayu/Islam.

    BalasPadam
  4. Sungguh POWER punggung2 askar pencen ni..KJ pun terpaksa minta maaf..kalau dah 2000 punggung silap2 runtuh bangunan kementerian tu..
    Untuk mengelakkan kerosakkan yg lebih besar, elok lah d ikutkan je kwhendak askar2 pencen tu..

    BalasPadam