Isnin, 4 Jun 2012

Jika menipu dalam pilihanraya BN mengundang rakyat ke jalanraya

Penipuan besar-besaran dalam pru 13?-Harakahdaily

Adakah penipuan besar-besaran akan dilakukan dalam pilihan raya umum sehingga pemimpin Umno berulang kali menuduh Pakatan Rakyat akan berdemonstrasi jika tewas, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

 "(Timbala Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) ulang semula tuduhan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dan mendakwa Pakatan akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam pilihan raya akan datang.

"Kenapa? Adakah penipuan besar-besaran sedang dirancang dan akan dilakukan dalam pilihan raya akan datang sehingga kerap sangat memberikan isyarat awal PR akan kalah," soal beliau.

Muhyiddin ketika melancarkan jentera Barisan Nasional Kuala Lumpur semalam, menyetujui pandangan Dr Mahathir yang menuduh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu merupakan pemula kepada kekacauan pilihan raya.

Bagi Mohamad, beliau sudah menjawab tuduhan itu dalam ucapannya semasa Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Alor Setar Jumaat lalu.

Dalam ucapannya itu, beliau mengulangi penegasan bahawa PAS memilih demokrasi untuk ke Putrajaya.

Malah, katanya lagi dalam ucapan itu, walaupun penindasan demi penindasan dihadapi, PAS tetap menjunjung demokrasi dengan berceramah, memberi kuliah, menyebarkan risalah, berforum dan mencetak akhbar.

PAS, katanya lagi, terus komited dengan demokrasi walaupun ahli-ahlinya dipenjara dan dibunuh.

Hadirin yang hadir dalam himpunan itu melaung tanda setuju apabila Mohamad berkata kerajaanlah yang memaksa rakyat keluar ke jalan raya.

"Rakyat keluar ke jalan raya adalah pilihan pemerintah. Pemerintahlah yang selalunya memaksa rakyat keluar ke jalan raya.

"Mereka menipu dalam pilihan raya, mereka tipu daftar pemilih.

"Kalau ini kerajaan lakukan bererti kerajaan Barisan Nasional mengundang rakyat ke jalan raya," kata Mohamad dan disambut dengan gemuruh oleh ratusan ribu yang hadir dalam himpunan itu.-Harakahdaily

Pemimpin Umno kalau bercakap adalah terbalik.Kalau pemimpin Umno tuduh pihak lain ganas maka yang betul dan tepat ganas ialah Umno.Yang ganas di Dataran Merdeka ialah pihak polis dan samseng Umno.Yang ganas baling batu dan telor ayam dalam ceramah PR ialah samseng Umno tapi Umno baling batu sembunyi tangan!Umno kata PR lah yang provokasi mereka!Ni kerja Umno yang sejak dulu, kini dan selamanya berlaku.

3 ulasan:

  1. rasanya pr tidak akan bertindak ganas kerana sudah biasa hadapi kekalahan dlm pilihanraya...sejarah tlah membuktikannya...

    BalasPadam
  2. Salam Bro,BN tidak akan berbuat begitu kerana kami percaya kepada demokrasi.Lihatlah PRU yang lalu walaupun kami hilang beberapa buah negeri kami tidak memberontak.Hidup BN

    BalasPadam
  3. pru 13 nnt seluruh ahli keluarga aku yg dulu karat biru akan berubah angin..insyaallah UBN akan mati tnpa nisan....

    BalasPadam