Khamis, 28 Julai 2011

Dah terajang, sepak dan mati lepas tu ajak Pas pi klinik ambik ubat!

Saya teringat posting saya Tiang layar kapal kerajaan perpaduan patah apabila Hadi Awang dan Mat Sabu ditangkap, apabila Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan ajak Pas bersatu bersama Umno.Kata Ahmad Maslan, "Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam malam tadi."Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini," katanya.Baca Umno masih harap dapat kerjasama dengan Pas-Malaysiakini.

Ketika pemimpin Pas ditangkap, ahli Pas disepak dan diterajang , malah ada yang mati dalam himpunan Bersih 2.0 yang lalu tangan Umno yang sebelah lagi menghulurkan salam perpaduan untuk melunakkan dan menampakkan bahawa Umno masih memerlukan Pas atas nama Melayu untuk perintah negara ini.Umno macam 'Pungguk merindu bulan' walaupun Pas telah diceraikan Umno dalam tahun 1970-an dulu.

Hang pa terajang, sepak dan fitnah macam-macam lepas tu ajak Pas pi klinik ambik ubat! baik punya cilok.

2 ulasan:

  1. Ramadhan Muslim..
    Perangai Umporno jd mcm tuh sbb Setan besar dlm badan diorang dh nk kena Ikat..
    Lps Raya dia akan mula serang balik dgn tuju2,Hantu Raya dan belaan2 mereka yg lain..
    Hehehe..
    Elok hantu2 neh dihapuskan dlm Hari Raya besar Demokrasi yakni PilihanRaya ke 13..
    Kita tangkap,Pasung dan masukkan dlm Laut Segitiga Bermuda supaya depa dpt jumpa spesis2 mereka yg lama dan rindu nk jpa diorang..
    Whakakakaka!!!!

    BalasPadam
  2. Mari lah kita pakat bersama si dajjal besar Anwar untuk merubah si dajjal kecil Umno... Pakat-pakat bersama mendajjalkan diri dalam perjuangan wadah demokrasi sistem dajjal..
    ..cuma dajjal kita pakai serban saja...nampak elok sikit...

    BalasPadam