Mahkamah Tinggi memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol terhadap menteri berkenaan.
Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan pemblog tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.-M'insider
Kata Amizuddin dalam blog beliau sharpshooterblogger.blogspot.com (klik) mengulas beliau kena bayar kepada Rais Yatim RM400k ;"Sharpshooter - Sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan 3 muka surat Migrant Care yang menyebut berulang-ulang kali nama rais yatim. Rais sepatutnya saman Migrant Care kalau dia anak jantan.
Sharpshooter diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada rais yatim namun sharpshooter tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika sharpshooter mohon maaf secara terbuka..akan ada tuduhan "berapa ribu sharpshooter terima duit dari rais yatim untuk minta maaf" .
Walau bagaimana sharpshooter akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan.. ".
Kenapa Rais Yatim tidak berani saman wikileaks dan juga blogger Umno Rocky Bru yang buat pendedahan awal kes Rais Yatim yang didakwa rogol amah?Begitu juga dengan harakahdaily yang juga mengulas perkara yang sama.Kenapa dalam banyak-banyak tu Rais Yatim pilih blogger kerdil untuk disaman?
Rocky Bru juga mengulas isu Azimuddin kena bayar saman kepada Rais Yatim dalam blog beliau dalam posting yang bertajuk Rais wins court case but...(klik dan baca komen-komen terhadap kes tersebut)
Fail-4 feb 2011- Mengapa Amizuddin bukan Ahirudin?-Malaysia today
Misai...hang kalau kena saman RM 4000, gerenti tersungkoq no...pokai punya blog..hak..hak..hak..!!
BalasPadam