*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
- Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
- Duit-maksimum RM100 sahaja.
- Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
- Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
- Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya SAHAJA boleh digunakan.
- Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
- Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
- Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
- Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
- Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
- Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
- Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
- Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
- Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0.Baca semua di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan