Selasa, 12 Julai 2011

Empat tulang dada Baharuddin patah , tiga gigi arwah juga patah

Kawan saya yang kerja sebagai guru sms kat saya, saya tak edit pun yang berbunyi begini;

'Nama pun anjing, bagi makan dia jelir lidah, tak bagi makan pun dok jelir lidah jugak'.Mungkin dia pun terlalu marah dengan sikap zalim pihak polis yang tak berperikemanusiaan dalam berhadapan demo rakyat yang berbilang kaum hanya semata-mata tuntut suruhanjaya pilihanraya (SPR) dibersihkan daripada jadi pak yet Umno-BN.

Kini kematian Baharuddin Ahmad pejuang Bersih 2.0 terus jadi persoalan bila pihak polis kata beliau mati mengejut.Semua mati mengejut.Teoh Beng Hock mati mengejut, arwah Sarbaini mati mengejut, tiada yang terkejut melainkan mengejut belaka...ha ha ha.

Bagi pemuda Umno, Perkasa dan geng silat Lincah yang kononnya perjuangkan Melayu, Melayu macam arwah Baharuddin tak perlu diucap takziah kerana beliau bukan daripada Melayu kelompok mereka!

Bersih 2.0:Kekasaran polis punca utama kematian Baharuddin-Harakahdaily

Cerita mengenai punca kematian Baharudin mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi semalam selepas menjalani postmortem.

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Menurut Azhar , pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.

"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.

“Ini (kematian Baharuddin) hanyalah salah satu daripada pelbagai tindakan polis pada 9 Julai yang lalu yang mengakibatkan kecederaan teruk.Baca semua di sini.

Police face off against thousands of protesters in a scene shrouded by tear gas [Saeed Khan/AFP]-Aljazeera.

Police face off against thousands of Bersih supporters [Saeed Khan/AFP]-Aljazeera

2 ulasan:

  1. cube bilang berapa org yg bkumpul di situ....lbg 6 ribu kan....

    BalasPadam
  2. ...dizaman Jepun golongan seperti ini disebut "BARU A", apa jadi golongan ni bila Jepun diusir, ...tau lah kan. Awal dari itu zaman oghang putih kebanyakkan diimpot dari India ~ bukan tempatan. Sekarang dah meresap kepada kebanyakan oghang yang sama perbuatan dan tindakannya....nilai kemanusiaan pupus, tak hairanlah SMS tu berbunyi begitu.......

    BalasPadam