Ahad, 10 Julai 2011

BN bukan takat dah gila malah syaitan dan iblis telah sebati dalam jiwa mereka


















Semalam adalah demo paling best dalam banyak demo yang saya selalu turun.Demo Bersih2.0 9 Julai semalam mencatat sejarah dalam Malaysia betapa kejamnya kerajaan BN yang dipimpin oleh pemimpin Umno-BN yang memang dah gila dan dirasuk iblis dan syaitan .

Saya daripada Shah Alam melalui jalan Glenmarie ada sekatan polis yang berlagak dengan wajah bengis dan gedebe tapi sikit pun tidak menakutkan.Sampai di tol jalan Duta lorong smart tag ditutup disemua lorong kerana polis menunggu dengan sekatan selepas tol.Rugi beli smart tag tak boleh guna.Saya terus ke jalan parlimen menuju ke jalan Pahang dan naik monorel ke stesen Bukit Biintang.Daripada situ berjalan kaki Jalan Pudu dan terus sampai ke hadapan Maybank yang jadi tempat saya dan ribuan manusia berkumpul untuk berdemontrasi jam 1 tengahari.Lebih awal daripada jadual demo jam pukul 2 petang.

Tak sampai setengah jam pemimpin Bersih berucap semburan air dan tembakan gas pemedih mata bermula dan bertalu-talu oleh pihak polis.Polis dan FRU mula mengejar dan menangkap penunjuk perasaan.Ada yang dikasari dan dijerkah.Demontrasi aman bertukar menjadi kecoh akibat sikap polis yang menjadi orang suruhan pemerintah BN bertindak tanpa perikemanusiaan dengan rakyat yang tak bersenjata.

Anak muda dan orang ramai yang kena gas pemedih mata menjadikan kolam air Maybank sebagai tempat untuk membasuh muka untuk hilangkan kepedihan.Pelancong asing (gambar) turut terkena gas pemedih mata.

Orangramai yang dikejar polis dan fru menyelamatkan diri ke dalam bangunan Hospital Tung Shin.Polis turut lepaskan gas pemedih mata diluar hospital tersebut.Saya sendiri terjatuh ke dalam longkang di sebelah pagar Maybank dan lebam di bahagian pinggang ketika orangramai berasak-asak selamatkan diri daripada tembakan gas pemedih mata.

Anak muda yang beragama Islam tidak lupa menunaikan solat di ruang legar dalam Hospital Tung Shin walau pun dalam keadaan kelam kabut dikejar FRU.(gambar).

Ramai anak muda semalam turun berdemo tanpa mengira bangsa dan agama.Mereka dengan satu tekad bersatu demi menegakkan keadilan mahu bersihkan SPR daripada terus dikaldaikan oleh UMNO-BN.Anak muda tidak takut dengan gerombolan Pemuda Umno-Patriot yang jumlahnya boleh dikira dengan jari.Pemuda Umno dilihat sudah punyai anak 3-4 orang nampak dah berusia 30-an dan 40-an berbanding anak muda yang turun berdemo atas nama Bersih 2.0.

Pemimpin Umno-Bn boleh bercakap bahawa demo semalam tidak akan mengubah apa-apa.Yaaa cakaplah nak cakap apa pun selagi berkuasa.Mubarak yang hebat pada mulanya bercakap besar tidak mahu mengalah kehendak rakyatnya yang bangkit lawan beliau akhirnya Mubarak tepaksa berundur diri tanpa dipaksa setelah segala-galanya tak dapat dikawal lagi.Mubarak berundur ke rumah peranginannya di Laut Merah!

Demo Bersih 2.0 telah mengorbankan nyawa seorang pejuang Allahyarham Baharuddin Ahmad.Moga arwah diampunkan segala dosa dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam (gambar atas) cedera di kepala dan dijahit dengan 6 jahitan akibat terkena tembakan gas pemedih mata.

Mat Sabu Timbalan Presiden Pas pula cedera di lutut akibat dilanggar kenderaan polis ketika bermotosikal.Kini beliau terpaksa berkerusi roda dan di papah semasa hadir ziarah arwah Baharuddin Ahmad di AU3 , Ulu Klang sebentar tadi.

Yang pasti demo kali ini memang hebat dan hebat ..rakyat tak takut lagi dengan gendang perang BN, polis, puak silat gedebe dan Perkasa yang hilang dan ghaib tah ke mana.Mereka ini hanyalah pengacau dan menjatuhkan maruah pertubuhan mereka sendiri.

Demo Bersih 2.0 dihadiri anak muda berbilang bangsa, orang dewasa dan juga warga emas.Syabaaaas kepada yang hadir!

Rakyat dikepung di segenap penjuru dan pintu masuk KL tapi mereka (BN dan polis) hairan bagaimana puluhan ribu boleh muncul dalam sekelip mata menjelang pukul 1 tengaharidi KLCC, Chow Kit, Bus Stand Klang, Kampung Baru, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak dan di stadium Merdeka.

Klik gambar untuk besarkan(Semua gambar adalah daripada camera hp saya)

Tengok gambar menarik di sini.
Baca;
BERSIH 2.0:Kebenaran sentiasa atasi kekejaman-Malaysiakini

Pas mahu KDN tanggungjawab atas kematian peserta Bersih-M'insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan