Selasa, 12 Julai 2011

'Polis ganti pemuda tahan lasak Umno untuk jaga kepentingan Umno-BN'-Khalid Samad

Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam berkata jika tidak ada ugutan dan provokasi pihak polis yang membuat sekatan di seluruh jalanraya menuju ke Kuala Lumpur sasaran 300,000 rakyat hadir demo Bersih 2.0 akan capai sasaran."Jika tidak ada ugutan 300,000 hadir demo Bersih 2.0 no problem" kata Khalid Samad semalam sewaktu berceramah di markaz Pas cawangan seksyen 18 Shah Alam sempena tayangan video demo Bersih 2.0.

Kata Khalid yang hadir demo Bersih 2.0 bukan hanya orang Melayu tapi ramai orang Cina dan India yang hadir.Ini bermakna semua kaum bersatu dan Bersih 2.0 berjaya satukan semua kaum .Tuduhan Umno bahawa Pas diperkudakan Bersih 2.0, Pas peralatkan Bersih2.0 , Pas sanggup jadikan Ambiga Pengerusi Bersih 2.0 yang beragama Hindu dah tak laku."Zaman kuda mengkuda orang dah tak pakai "kata Khalid.

Khalid menjelaskan,Pas sokong Bersih 2.0 bukan kerana advantage dalam pilihanraya tapi Pas dah lama perjuangkan sistem pilihanraya yang bersih sebelum Bersih wujud lagi.PR juga bersetuju dengan apa yang Bersih 2.0 perjuangkan.Ini adalah kehendak rakyat yang mahukan sistem pilihanraya yang bersih tanpa berlaku penipuan semasa hari mengundi.

Khalid Samad yang jadi mangsa tembakan gas pemedih mata semasa demo Bersih 2.0 9 julai lalu terpaksa dibawa ke Hospital Universiti dan menerima 6 jahitan di kepala (gambar) juga menceritakan Masjid Negara dikunci pihak polis daripada dimasuki orang ramai bila azan berkemundang."Polis kunci pintu masuk Masjid Negara sanggup tak bagi orang ramai solat" kata Khalid.

Kata Khalid lagi ,"kerajaan paksa rakyat supaya takut dan menikus kepada Umno-BN.Pihak Polis sanggup belakangkan undang-undang demi kepentingan Umno-Bn.Kalau dulu Pas berhadapan dengan pemuda tahan lasak Umno tapi kini pihak polis ganti pemuda tahan lasak Umno untuk jaga kepentingan Umno."

Mengulas isu Timbalan Presiden Pas Mat Sabu yang dilanggar kenderaan polis , beliau berkata, "Mereka layan Mat Sabu macam penjenayah besar.Syed Azman Ajk Pas Pusat disepak pihak polis sementara Hanipa Maidin Peguam Pas yang juga bermotosikal turut dilanggar dengan kereta jenis Wira."

Lutut Mat Sabu akan dibedah Jumaat ini kerana alami kerosakan teruk yang menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dan terpaksa berkerusi roda.Mengulas mengenai kematian arwah Baharuddin Ahmad pejuang Bersih 2.0 Khalid Samad berkata,InsyaAllah beliau syahid sambil memetik hadis yang bermaksud 'Sebaik-baik jihad berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim'.

Mat Sabu dalam laporan Malaysiakini berkata, Land Rover polis rempuh saya.(klik untuk baca)

Gambar bawah daripada malaysiakini.
NONE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan