Isnin, 18 Julai 2011

Video Bersih 2.0 versi polis nak tunjuk apa?

TPM minta polis segera kemuka bukti-Utusan

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis supaya menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi mempertahankan tindakan mereka ketika mengendalikan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu dilakukan segera bagi menangkis tohmahan pembangkang, media alternatif dan media asing yang mendakwa polis bertindak kejam serta di luar bidang kuasa mereka bagi menyuraikan para peserta perhimpunan haram tersebut.

"Jadi untuk mematahkan pembohongan, putar-belit pembangkang, kalau polis dah bersedia dengan bahan bukti, sama ada dalam bentuk video, perbuatan umum, elok juga perkara ini dikemukakan supaya rakyat boleh menilai siapa di pihak yang benar.

"Jangan hanya lihat satu pihak membuat tuntutan mereka (pembangkang dan Bersih) seolah-olah langkah yang dibuat oleh pihak berkuasa itu agak luar biasa," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau keadaan Pasar Raja Bot di Jalan Chow Kit, di sini hari ini.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu polis akan menggunakan rakaman video semasa perhimpunan itu sebagai bukti untuk mendakwa pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap pasukan keselamatan.-Meloya.

Pemimpin Umno BN memang dah gila ..mereka patut dihantar ke pusat rawatan mental di Tanjung Rambutan dan Tampoi! Bercakap tak tengok kiri kanan , depan dan belakang.Polis nak tunjuk video apa kepada rakyat? Sapa mau tengok video Bersih 2.0 keluaran polis?Rakyat di seluruh dunia dah seminggu tengok perangai polis layan rakyat Malaysia bila berdemontrasi secara aman. Ha Ha gila memang gila!

Muhyiddin...ini bukan tahun 1985 di mana berlakunya peristiwa pembunuhan beramai-ramai ustaz dan anak muridnya di Memali oleh pihak polis! Pihak Umno-Bn telah melakonkan semula adegan pembunuhan tersebut yang berbeza daripada apa yang sebenarnya berlaku di Memali.Bagi Umno-BN hanya polis saja yang betul rakyat yang tak berdosa dituduh perderhaka dan komunis hanya untuk halalkan kerja polis yang zalim itu.

Muhyiddin... ini zaman internet, zaman ada akaun facebook dan twitter, camera hp dan 3G.Kebanyakakn anak muda yang sertai demontrasi semua ada perkara ini.Macam mana nak sorok kisah polis buat pesta pukul rakyat, pesta sepak,terajang dan maki hamun rakyat pada 9 Julai lalu?

Semua media alternatif dan dunia dah laporkan apa yang dilakukan pihak polis pada hari yang sama kecuali Utusan Meloya, Berita Hairan , Media Prima dan tv kerajaan.Memalukan!

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ahli Parlimen Titiwangsa (Pas) yang telah meninggal dunia malam tadi.Semoga Allayarhamah diampunkan segala dosa oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.Alfatihah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan