Selasa, 26 Julai 2011

Rakyat baju kuning dituduh komunis, Pak Menteri kawan dengan komunis

Muhyiddin terima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara-Meloya

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara, Pak Ui Chun di pejabatnya di sini, tengah hari ini.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah duta republik berkenaan ke Malaysia, Jang Yong Chol.

Ui Chun, yang tiba di sini pagi ini, dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Ini merupakan lawatan kerja pertama beliau ke negara ini.

Esok, Menteri Luar Korea Utara itu dijadual bertemu rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman.

Antara lokasi yang akan dilawati oleh Ui Chun semasa di negara ini adalah Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil serta menghadiri sesi taklimat Unit Perancang Ekonomi. - BERNAMA



Dap:Tahanan PSM6adalah kes politik-Malaysiakini

Isteri ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) - R Mohana Rani - berkata hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan.

"Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional," katanya dipetik TV Selangor pada satu ceramah di Ipoh, semalam.

jerit parliament ride for change final leg 181208 d jeyakumarJeyakumar (kanan) bersama lima yang lain ditahan mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Menurut polis, berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).-M'kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan